HomeUtamaPengguna domestik nikmati pengecualian surcaj bermula hari ini

Pengguna domestik nikmati pengecualian surcaj bermula hari ini

Read Time:1 Minute, 16 Second

Membakut : Pengguna domestik yang menggunakan bekalan elektrik kurang daripada 1,500 kilowatt-jam (kWj), akan menikmati pengecualian surcaj berkuatkuasa mulai hari ini. 

Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Ir. Ts Mohd Yaakob Jaafar berkata, ia berikutan penyelarasan tarif elektrik seluruh negara dan kos bahan api yang kini stabil.

“Pada 28 Jun lalu, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim telah mengumumkan pengecualian surcaj kepada pengguna domestik yang menggunakan elektrik kurang drpd 1,500 kWj.

Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Ir. Ts Mohd Yaakob Jaafar

“Mana-mana pengguna domestik yang menggunakan lebih 1,500 kWj,  surcaj akan dikenakan dengan kadar 2.11 sen per kWj. Kadar ini lebih rendah daripada sebelum ini iaitu 10.04 sen kwj atau dalam 80 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Korban sempena Hari Raya Aidiladha Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Membakut.

Majlis itu dirasmikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd Arifin Arif, di Dewan Seri Wawasan, di sini semalam.

Yaakob berkata, program rasionalisasi subsidi bersasar itu tidak melibatkan pengguna domestik daripada Januari hingga Jun tahun ini.

“Pengguna domestik daripada Januari hingga Jun tidak terlibat dalam program rasionalisasi subsidi bersasar oleh kerajaan persekutuan ini.

“Program ini hanya menyasarkan kepada pengguna domestik yang menggunakan elektrik yang tinggi.

“Kita masih melindungi pengguna domestik yang menggunakan kurang daripada 1,500 kWj, mereka masih menerima subsidi,” katanya.

Tambahnya lagi, bagi tempoh enam bulan sahaja, subsidi bersasar yang disalurkan oleh kerajaan persekutuan adalah berjumlah RM64 juta kepada lebih 600,000 pengguna domestik di Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

Tiada kompromi 40 peratus, pertahankan hak perlembagaan Negeri Sabah – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular