HomeIsu tempatanPenubuhan PKKMTS memertabatkan kesenian budaya etniknya

Penubuhan PKKMTS memertabatkan kesenian budaya etniknya

Read Time:1 Minute, 39 Second

SIPITANG: Penubuhan Persatuan Kebudayaan Kesenian Murut Tahol Sipitang (PKKMTS) dapat mengekalkan dan memertabatkan kesenian budaya etniknya untuk generasi akan datang agar tidak pupus ditelan zaman.

Justeru, persatuan itu telah mengadakan mesyuarat kali ke-2 untuk mengemaskini Ahli Jawatankuasa persatuan yang telah dibentuk bersama-sama beberapa lantikan khas yang terdiri daripada orang-orang yang berpengalaman dalam hal ehwal adat istiadat Murut Tahol Sipitang.

Dalam mesyuarat berkenaan, turut dilantik secara langsung Ketua Anak Negeri (KAN), Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) dan Ketua Kampung yang berbangsa Murut Tahol daerah Sipitang sebagai penasihat kepada persatuan berdasarkan keputusan mesyuarat pada kali pertama penubuhan PKKMTS.

Presiden persatuan, Pauzi Antahar sangat mengalu-alukan kehadiran dan juga berterima kasih atas sokongan yang diterima daripada barisan kepimpinan suku Murut Tahol daerah Sipitang kerana menyambut baik lantikan menjadi penasihat seterusnya kerjasama yang diberikan sepenuhnya dalam memartabatkan kesenian, adat dan budaya Murut Tahol Daerah Sipitang.

Menurut Pauzi, penubuhan Persatuan ini telah mendapat kelulusan dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 27 Mac 2023 dengan matlamat utama persatuan adalah untuk mengekalkan dan memartabatkan kebudayaan dan kesenian etnik Murut Tahol Sipitang agar tidak pupus ditelan zaman.

“Selain itu, dari aspek corak anyaman, pakaian tradisi, adat dan budaya pula dapat diwarisi oleh genarasi akan datang.

“Antara perancangan program tahunan yang akan dilaksanakan oleh persatuan ini adalah bengkel adat dan istiadat suku kaum Murut Tahol yang melibatkan ketua-ketua adat setiap kampung, Kursus Corak dan anyaman Murut Tahol, Pertandingan tarian etnik Murut Tahol, pertandingan paluan gong dan juga pertandingan peragaan keaslian pakaian tradisi suku kaum Murut Tahol untuk lelaki dan perempuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, turut dimaklumkan satu program Ilau pasisimpungan Murut Borneo yang akan diadakan pada 22 Julai 2024, PKKMTS telah dijemput sebagai AJK Pelaksana dalam menjayakan program ini.

“Ilau bakal diadakan di Daerah Nabawan yang julung kali diadakan di Malaysia dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran tetamu khas dari Kalimantan, Indonesia iaitu seramai 300 orang dan ia juga melibatkan semua sub-etnik Murut di Malaysia khususnya di Sabah,” kata Pauzi.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

PKK Biz @ Akademia catat lebih RM20,000 nilai jualan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular