HomeUtamaTiga lokasi pawagam 10Star Cinemas baharu akan dibuka di Sabah

Tiga lokasi pawagam 10Star Cinemas baharu akan dibuka di Sabah

Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Melewar Industrial Group Berhad akan membuka tiga lokasi pawagam 10Star Cinemas baharu di Sabah iaitu di Tawau, Kota Marudu, dan Benoni, Papar menjelang akhir tahun ini.

Perkara itu dinyatakan oleh Pengerusi Eksekutifnya, Tunku Dato’ Yaacob Khyra kepada Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun semasa mengadakan kunjungan hormat di pejabat Kementerian Kewangan Sabah di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.

Yaacob berkata, pembukaan tiga lokasi pawagam itu adalah antara salah satu rancangan pengembangan mereka di Sabah.

Sehubungan dengan itu, Masidi turut menekankan bahawa lokasi-lokasi baru ini bukan hanya menyediakan hiburan, tetapi juga mencipta peluang pekerjaan dan latihan dalam industri operasi pawagam.

Beliau berharap bahawa pengembangan ini akan memotivasikan para pemain industri filem Sabah untuk menghasilkan filem-filem berkualiti tinggi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif 10Star Cinemas Sdn Bhd (anak syarikat Melewar Industrial), Onn Norshal Hamzah menjelaskan bahawa dengan penambahan tiga lokasi ini, 10Star Cinemas akan menjadi rangkaian pawagam terbesar di Sabah dengan jumlah enam lokasi.

Semasa kunjungan tersebut, Tunku Yaacob juga memaklumkan Menteri mengenai usaha-usaha lain Melewar, termasuk pembukaan sebuah sekolah menengah antarabangsa di Kota Kinabalu menjelang Januari 2024.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Operasi MAA Group Berhad,
Anand Kanagasingam, Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Sofian Alfian Nair dan Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Rina Jainal.

RELATED ARTICLES
Utama

UMS utamakan kebajikan pelajar, sedia bantu Crisnanalina daftar pengajian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular