HomeUtamaKerjasama MUIS, UMS dalam bidang halal beri nilai tambah perkasa industri halal...

Kerjasama MUIS, UMS dalam bidang halal beri nilai tambah perkasa industri halal Sabah

Read Time:1 Minute, 31 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Kerjasama dua hala antara Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam bidang halal khususnya di negeri ini bakal menjadi satu nilai tambah dalam memperkasa lagi industri halal Sabah.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, kerjasama itu meliputi aktiviti penyelidikan, pembangunan modul kursus dan pemerkasaan modal insan dalam bidang halal.

“Pertamanya saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah  kepada UMS dan MUIS kerana dapat meneruskan kerjasama menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) pada hari ini dan MoU ini sangat penting dalam memperkasakan lagi industri halal di Sabah.

“Seperti mana yang dikatakan Naib Canselor UMS, MoU ini menekankan tiga perkara antaranya aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D); latihan serta bantuan kepada usahawan-usahawan kecil khususnya di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyaksikan Majlis Menandatangani MoU diantara MUIS dan UMS di sini hari ini.

Hadir sama, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ruslan Muharam dan Pengerusi Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) Datuk Dr Omar Raisul As-Salam Syah Sulaiman Omar.

Pada majlis itu, MUIS diwakili Yang DiPertuanya Datuk Seri Yahya Hussin dan Ketua Pegawai Eksekutif Ramlan Awang Ali manakala UMS diwakili Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr Kasim Mansur.

Dalam pada itu, Arifin berkata, sebelum ini MUIS telah menubuhkan MUIS Halal Hub yang dilihat sangat penting untuk menjadi wadah kepada rakyat di negeri ini khususnya dalam memperkasa halal di Sabah.

“Apabila disebut mengenai memperkasa halal, ada beberapa perkara yang perlu dilihat, antaranya seperti dari sudut syariahnya, bagaimana kita menjaga halal di negeri ini dalam kalangan masyarakat kita

“Alhamdulilah, perkara ini sudah pun diwujudkan dan sedang berlangsung.  Pada hari  ini adalah antara sebahagian daripada program aktiviti dan teras yang mendokong kepada MUIS halal hub,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

2 Anggota Polis Ulu Tiram Terbunuh, Penyerang Ditembak Mati

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular