HomeIsu tempatanGPS tidak akan bekerjasama dengan Mahathir - Karim

GPS tidak akan bekerjasama dengan Mahathir – Karim

Read Time:1 Minute, 20 Second

KUCHING: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak akan bekerjasama dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ekoran kenyataannya baru-baru ini menentang usaha mempromosikan Malaysia sebagai sebuah negara berbilang bangsa.

Memetik laporan Utusan Borneo Online, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah yang tidak menolak kemungkinan itu berkata, Dr Mahathir yang telah bersara setelah sekian lama menerajui negara, tidak seharusnya kembali berpolitik sebaliknya ‘memberi laluan’ kepada pemimpin lain mengendalikan negara dengan lancar.

“Apabila beliau (Dr Mahathir) mengatakan Malaysia bukan negara pelbagai bangsa, maka Malaysia tidak boleh dipromosi sebagai parti berbilang kaum kerana (kononnya) ia bertentangan dengan Perlembagaan (Persekutuan). Pendapat apakah itu?

“Sebab itulah saya katakan, bagaimana hendak bekerjasama dengan orang seperti ini.

“Serahkan politik kepada mereka yang telah anda ‘bentuk dan persiapkan’ untuk memimpin negara. Itu seharusnya berlaku. Anda tidak kembali dan mula menentang mereka yang telah anda bentuk.

“Ia mencerminkan (siapa) beliau, membuat kenyataan itu. Jadi bagaimana untuk bekerjasama dengan orang seperti itu, apabila kenyataan seperti itu tidak memberi gambaran yang baik kepada majoriti rakyat,” katanya pada sidang akhbar mengumumkan Kejohanan Badminton Remaja Piala Abang Jo di sini, hari ini.

Abdul Karim yang juga Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), berkata beliau keliru dengan kenyataan Dr Mahathir itu.

“Apa pula perasaan bukan Melayu? Saya Melayu tetapi ada kala merasakan, apabila anda mengatakan anda tidak boleh mempromosikan malaysia sebagai parti pelbagai kaum, kenyataan apakah ini? Dan kenyataan ini dibuat oleh seseorang yang telah menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali,” tambahnya.

Pada 3 Julai Dr Mahathir mendakwa mempromosikan Malaysia sebagai negara pelbagai bangsa bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. – Utusan Borneo Online

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Laluan masuk jejantas Skybridge ke Centre Point dibuka kepada awam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya