HomeUtamaKakitangan POLYCC Sabah diseru jadikan integriti sebagai nilai utama dalam laksana tugas

Kakitangan POLYCC Sabah diseru jadikan integriti sebagai nilai utama dalam laksana tugas

Read Time:1 Minute, 15 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Semua kakitangan Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) di negeri ini perlu menjadikan nilai integriti sebagai nilai utama dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Pengerusi POLYCC Zon Sabah Dullah Muluk berkata, kecemerlangan dan tadbir urus yang cekap serta aspek pentadbiran padu hanya boleh dicapai melalui pembangunan modal insan yang jitu dan menyeluruh.

Katanya, sebuah organisasi dalam sebuah institusi akan lumpuh dan tergadai sekiranya nilai utama itu tidak dipatuhi.

“Saya berharap agar kakitangan POLYCC Zon Sabah dapat menetapkan mekanisme akauntabiliti yang telus agar integriti dan ketelusan sentiasa terjaga di institusi agar matlamat kita dalam menjadikan TVET sebagai pilihan utama tercapai.

“Sebagai penjawat awam, kita merupakan pemberi perkhidmatan kepada rakyat. Digitalisasi sangat penting dalam memastikan urusan perkhidmatan kita adalah efisien dan sistematik.

“Peralihannya tidak mudah namun kita harus akur untuk memastikan penyampaian perkhidmatan kita berada dalam tahap yang memuaskan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2022 POLYCC Zon Sabah di Politeknik Kota Kinabalu (PKK) di sini hari ini.

Terdahulu, pada majlis itu, seramai 65 warga POLYCC Zon Sabah yang terdiri daripada 44 staf akademik dan 21 staf sokongan akademik telah menerima APC 2022.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Akademik PKK Abdul Razak Mohd Daim merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh warga kerja dari pelbagai jabatan dan unit atas bantuan yang telah diberikan sepanjang 25 tahun berkhidmat di Jabatan Pendidikan POLYCC.

“Saya yakin dengan ada kerjasama yang padu daripada rakan sekerja mampu untuk menghasilkan kejayaan berganda dan bermutu,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Majlis Perniagaan AS-ASEAN bincang peluang perniagaan di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular