HomeUtamaHajiji terima kunjungan PMTTD, pengarah JKNS baharu

Hajiji terima kunjungan PMTTD, pengarah JKNS baharu

Read Time:1 Minute, 0 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor hari ini menerima kunjungan hormat Panglima Medan Timur Tentera Darat (PMTTD) keenam, Leftenan Jeneral Dato’ Mohd Sofi Mohd Lepi di pejabatnya di Menara Kinabalu di sini.

Menerusi pertemuan itu, kedua-dua pihak turut membincangkan mengenai hal ehwal keselamatan negeri Sabah dan negara.

Mohd Sofi, 53, dilantik sebagai Panglima PMTTD keenam bagi menggantikan Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki Muhammad pada Jun 2023.

Mohd Sofi dilahirkan di Ulu Yam, Selangor pada 14 April 1970, menyertai Tentera Darat Malaysia (TDM) pada 19 Ogos 1988.

Beliau ditauliahkan dalam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) pada 1 Julai 1990 sebaik menamatkan latihan pegawai kadet di Royal Military College, Duntroon, Australia.

Pada 27 Jun 2022, beliau dinaikkan ke pangkat Mejar Jeneral dan dilantik sebagai Ketua Staf Tentera Darat di Markas Tentera Darat.

Sementara itu, Hajiji turut menerima kunjungan hormat Pengarah baharu Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Dr Asits Sanna.

Dr Asits dilantik sebagai pengarah pada 22 Jun 2023 bagi menggantikan Datuk Dr Rose Nani Mudin yang bersara wajib.

Turut mengiringi Dr.Asits ialah Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan) Jasnawati Jasmin dan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perkhidmatan Farmasi), Dr.Liau Siou Yen. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

2 Anggota Polis Ulu Tiram Terbunuh, Penyerang Ditembak Mati

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular