HomeUtamaLebih 800 peluang kerjaya masih boleh dipohon oleh rakyat Sabah - Chan...

Lebih 800 peluang kerjaya masih boleh dipohon oleh rakyat Sabah – Chan Loong Wei

Read Time:1 Minute, 51 Second

KOTA KINABALU: Syarikat Pelabur SBH Kibing Solar New Materials (M) Sdn Bhd Dan SBH Kibing Silicon Materials (M) Sdn Bhd. mengalu-alukan seluruh rakyat Sabah yang berminat untuk mengisi peluang pekerjaan yang diwujudkan di kilang-kilang syarikat berkenaan.

Setiausaha Politik Kepada Menteri
Kementerian Pembangunan Perindustrian Dan Keusahawanan Chan Loong Wei berkata, SBH Kibing Solar New Materials (M) Sdn Bhd dan SBH Kibing Silicon Materials (M) Sdn Bhd adalah merupakan antara pelabur besar di Sabah dengan anggaran nilai pelaburan sejumlah RM2.48 Bilion bagi pembangunan kilang pembuatan kaca solar di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) dan kilang pemprosesan pasir silika di Kudat.

“Menerusi pelaburan ini, dianggarkan sejumlah 2,100 peluang pekerjaan telah diwujudkan di negeri ini.

“Pada masa ini, hanya sejumlah 54 peratus peluang pekerjaan telah diisi berdasarkan anggaran jumlah peluang pekerjaan yang diwujudkan,” kata Chan dalam kenyataannya hari ini.

Sehubungan dengan itu, Chan berkata, Kementerian Pembangunan
Perindustrian dan Keusahawanan (MIDE) telah mengambil langkah proaktif untuk menangani keperluan tenaga kerja yang mendesak ini dengan mengadakan mesyuarat bersama Jabatan dan Agensi yang berkaitan serta institusi kemahiran dan pengajian termasuk Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Politeknik Kota Kinabalu pada hari ini.

“Mesyuarat berkenaan telah dipengerusikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Datuk Thomas Logijin bagi memastikan kekosongan jawatan ini dapat diisi sebelum kilang syarikat pelabur beroperasi yang dijangkakan pada penghujung tahun ini,” katanya.

Menurutnya, dianggarkan sejumlah lebih dari 800 peluang pekerjaan yang masih boleh dimohon oleh rakyat Sabah.

“Antara jenis pekerjaan yang mendesak diperlukan oleh pihak pelabur adalah seperti chargeman, boilerman, steam engineer, authorized gas tester, forklift driver, shovel driver, dan sebagainya,” ujarnya.

Tambah Chan lagi, difahamkan bahawa pelbagai faedah dan insentif turut ditawarkan kepada anak Sabah yang diterima untuk bekerja di syarikat pelabur ini termasuk latihan di dalam dan luar negara bagi mendapatkan pensijilan yang berkaitan untuk peningkatan kerjaya mereka.

“Sehubungan itu, saya menyeru kepada rakyat Sabah di luar sana yang sedang mencari pekerjaan untuk memohon pekerjaan yang bersesuaian di syarikat pelabur ini bagi memenuhi keperluan mendesak tenaga kerja syarikat pelabur tersebut.

“Peluang-peluang pekerjaan yang disediakan ini bolehlah dimohon melalui laman portal MYFutureJob, Jobstreet, Indeed dan Jora atau pemohon boleh mengemukakan resume di alamat emel [email protected]. Sila hubungi Cik Angelica Ashley Soon di talian
018-2801379 untuk sebarang pertanyaan lanjut,” kata Chan.

RELATED ARTICLES
Utama

UWSS Kasigui dijangka bantu tingkat pengeluaran bekalan air di Putatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular