HomeUtamaPenggunaan sistem e-Invois masih dalam perbincangan

Penggunaan sistem e-Invois masih dalam perbincangan

Read Time:1 Minute, 28 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Penggunaan Sistem e-Invois yang dilaksanakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kalangan syarikat masih dalam proses perbincangan sama ada wajib digunakan atau sebaliknya.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) LHDN Hisham Rusli berkata, ini kerana sistem berkenaan dilihat masih baharu untuk pemain industri atau syarikat yang terlibat.

“Setiap pelaksanaan itu semestinya memang kita katakan wajib, memang kita perlu adakan sesuatu untuk sama ada pemain industri atau syarikat untuk terlibat secara bersama.

“Sama ada dikenakan tindakan atau tidak, perkara itu sedang dan masih dalam perbincangan.  Kita akan umumkan apabila sampai masanya nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri siri jelajah Sesi Libat Urus Pelaksanaan Sistem e-Invois di sini hari ini.

Hisham berkata demikian bagi menjawab soalan adakah sesebuah syarikat wajib untuk menggunakan sistem e-invois pada sesi libat urus berkenaan e-invois bersama pengamal percukaian dan pemain industri di Sabah.

Sabah merupakan destinasi keempat dalam siri jelajah berkenaan yang telah berjaya menghimpunkan hampir 200 orang peserta terdiri daripada para pengamal percukaian, badan profesional dan media Zon Sabah.

Hisham berkata, sesi libat urus itu sebelum ini telah diadakan di beberapa kawasan termasuk Penang, Lembah Klang, Sarawak serta Sabah dan akan dianjurkan di Johor ternasuk di Pantai Timur Semenanjung.

Katanya, pihaknya juga amat menghargai soalan-soalan yang dikemukakan dan akan memperhalusi bagi memastikan sistem berkenaan berjalan lancar pada tahun hadapan.

“Jika kita tidak mendapat soalan-soalan dari pemain industri ini, apabila kita melaksanakan tanpa ada sebarang ‘engagement’ daripada pihak terbabit jadi ianya seolah-olah daripada satu pihak dilihat tidak bagus,” katanya.

Dalam pada itu, Hisham berkata, sehingga kini hampir 150 buah syarikat dikenal pasti di Sabah mempunyai jualan melebihi RM100 juta dan akan terlibat dalam pelaksanaan pada Jun 2024. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

2 Anggota Polis Ulu Tiram Terbunuh, Penyerang Ditembak Mati

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular