HomeUtamaPolis kawal ketat aktiviti pemburuan haram di Pulau Banggi

Polis kawal ketat aktiviti pemburuan haram di Pulau Banggi

Read Time:1 Minute, 34 Second

KUDAT: Pihak polis akan mengawal ketat dan memantau aktiviti pemburuan haram yang semakin berleluasa di Pulau Banggi.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata, pihak polis mendapat maklumat bahawa aktiviti pemburuan haram ini semakin meningkat dan menimbulkan kebimbangan dikalangan penduduk Pulau Banggi.

Katanya, pemburu yang masuk di Pulau Banggi ini tanpa melaporkan diri kepada mana-mana pihak atau kebenaran daripada mana-mana pihak terutama sekali daripada pihak Jabatan Hidupan Liar (JHL) ataupun Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Ini menimbulkan keraguan dan kebimbangan masyarakat yang mana mereka ini membawa senjata api dan juga memburu serta melepaskan tembakan di Pulau Banggi,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kudat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kudat, pada Rabu.

Jauteh menjelaskan bahawa pemburu haram ini datang dari seluruh pelusuk negeri dan yang terbaharu dua lelaki berusia 66 dan 30 tahun ditahan kerana melakukan kegiatan itu.

“Mereka ini tidak ada kelulusan daripada JHL selain tidak mendapatkan kebenaran untuk membawa senjata api keluar daripada daerah perlesenan mereka dan salah satu senjata api ini dalam siasatan kerana diragui statusnya.

“Hasil pemeriksaan membawa kepada rampasan haiwan daging khinzir, pelanduk dan tenggiling.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960 untuk rampasan senjata manakala haiwan yang dirampas diserahkan kepada JHL kerana memiliki daging haiwan dilindungi,” katanya.

Jauteh menegaskan bahawa pihak PDRM akan memastikan aktiviti pemburuan haram khususnya di Pulau Banggi akan dikawal.

“Pemantauan secara serius dilakukan secara berterusan dengan membuat pemeriksaan di jeti-jeti yang menyediakan perkhidmatan feri atau bot ke Pulau Banggi.

“Jadi sekiranya mereka ini didapati berburu secara haram walaupun menggunakan senjata api yang berlesen dan sekiranya mereka membawa senjata api daripada daerah perlesenan asal maka pihak polis akan mengambil tindakan termasuklah membatalkan lesen senjata api mereka,” tegas beliau.

Beliau turut memberi amaran tegas, bahawa pihak PDRM tidak akan bertolak ansur dengan isu-isu yang boleh menimbulkan kerisauan atau ketakutan awam.

RELATED ARTICLES
Utama

Tiada kompromi 40 peratus, pertahankan hak perlembagaan Negeri Sabah – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular