HomeUtamaTTS berusaha terap sistem pembayaran tanpa tunai

TTS berusaha terap sistem pembayaran tanpa tunai

Read Time:1 Minute, 47 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kuala Penyu : Taman-Taman Sabah (TTS) terus berusaha dalam menerapkan sistem pembayaran tanpa tunai yang lebih mudah, pantas, selamat dan lancar untuk semua pihak termasuk pelancong dan para pelawat.

Pengarah TTS Dr Maklarin Lakim berkata, penerapan sistem itu adalah selaras dengan perkembangan teknologi masa kini.

Katanya, penerapan sistem pembayaran tanpa tunai itu tidak akan mengubah operasi pungutan hasil Taman dengan agensi-agensi pelancongan, pelancong atau individu yang akan diteruskan seperti biasa tanpa sebarang perubahan.

Menurutnya, pihak TTS tidak lagi menerima wang tunai bagi semua pembayaran dan hanya akan menerima pembayaran kad, Ewallet dan perbankan atas talian berkuat kuasa pada 01 Julai lalu.

“Pada tahun ini sehingga Jun lalu, jumlah pungutan hasil yang diperolehi adalah RM31,664 berbanding dari tahun lalu berjumlah RM17,888.30. Peningkatan ini disebabkan pada awal tahun ini kadar fi diseluruh TTS telah naik.

“Peningkatan dari segi statistik juga amat ketara sekali. Pada tahun 2022, Taman Pulau Tiga telah menerima jumlah kedatangan pelancong berjumlah 726 orang iaitu 197 luar negara dan 529 pelancong tempatan. Manakala pada tahun ini sebanyak 1,007 orang iaitu meliputi 720 luar negara dan 529 pelancong tempatan, “katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Pewartaan Taman Pulau Tiga (TPT) kali Ke-45 di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Pengarah TTS Ludi Apin.

Maklarin berkata, TPT telah diwartakan pada 26 Jun 1978, meliputi keluasan 15,864 ha, (607 ha daratan, 15,256 perairan) dan terletak 17 kilometeri di utara Kuala Penyu di pantai barat Sabah.

Katanya, TPT  terdiri daripada tiga buah pulau iaiti Pulau Tiga (dikenali sebagai Survivor Island); Pulau Kalampunian Besar dan Pulau Kalampunian Damit (Pulau Ular).

“Antara program-program yang telah dijalankan sejak dari awal tahun ini dan  akan dilaksana ialah Ops Alun yang diadakan pada 15 hingga 20 Mei lalu.

“Penyertaan ini melibatkan antara TPT dan Taman Tunku Abdul Rahman.  Penguatkuasaan berjaya menangkap dan mengenakan kompaun berjumlah RM2,000 kepada pesalah undang-undang yang berkaitan. 

“Ini bukan sahaja membantu mengurangkan kes-kes perlanggaran tapi meningkatkan kesedaran semua untuk sama-sama menjaga khazanah marin di perairan TTS, ” katanya. – SABAH MEDIA. 

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Bursa Malaysia dibuka tinggi dipacu prestasi Wall Street

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular