HomeUtamaRoihan Ang pecah rekod MBR selam 164 meter

Roihan Ang pecah rekod MBR selam 164 meter

Read Time:1 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU: Anak jati Semporna, Roihan Ang menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR) di atas kejayaannya menjadi penyelam pertama yang berjaya menyelam pada kedalaman 164 meter di Sipadan, Sabah pada 28 Mei lalu.

Berkongsi kegembiraan tersebut, jurulatih penyelam, Ahmad Gabr berkata, pengiktirafan berkenaan merupakan detik sejarah yang cukup membanggakannya sebagai anak tempatan kerana dapat membuat selaman di kampung halamannya sendiri.

Mula membuat persediaan sejak dua tahun lepas, Roihan turut berlatih secara intensif bersama pemegang Guiness World Record, penyelam 332 meter, Ahmed Gabr sejak setahun yang lalu dengan menggunakan kaedah diving open circuit trimix dive.

Pemuda berusia 31 tahun ini mengambil masa selama tiga jam dan 30 minit di dalam air, dibantu oleh 18 kru dan menggunakan lapan tangki different mixture tank untuk merealisasikan rekod berkenaan.

Roihan berharap pengiktarafan yang diterimanya dapat membuka ruang dan peluang menjadikan Semporna sebagai hub selaman teknikal selain selaman rekrasi dan makro.

Beliau turut melahirkan penghargaan kepada Taman Taman Sabah dan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) di atas sokongan dan kerjasama yang diberikan sepanjang persediaan program berkenaan.

Dalam pada itu, Pengurus program, Ag Ahmad Zaki Abu Bakar berkata, Malaysia terutamanya Sipadan mempunyai persekitaran yang amat sesuai bagi aktiviti deep dive.

Walau bagaimanapun menurutnya, negara masih mempunyai kekurangan dalam aspek pengetahuan dan teknik deep dive dan berharap program berkenaan dapat menjadi perintis untuk melahirkan lebih ramai pelapis untuk meneruskan usaha tersebut.

Tambah Ahmad Zaki, pasukan berkenaan akan meneruskan latihan memecah rekod 164 meter kepada 200 meter pada Januari depan dan beliau turut mempelawa kepada mana-mana pihak yang berminat untuk turut serta sebagai penaja.

RELATED ARTICLES
Utama

Kementerian Kewangan berjaya tingkatkan pendapatan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular