HomeUtamaKerjasama baik Malaysia, negara jiran wujudkan keselamatan komprehensif

Kerjasama baik Malaysia, negara jiran wujudkan keselamatan komprehensif

Read Time:2 Minute, 6 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu :  Kerjasama Malaysia bersama angkatan negara jiran di garisan perbatasan daratan dan maritim, akan diperkukuh ke arah mewujudkan keselamatan yang komprehensif khususnya di negeri ini.

Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi berkata, Tentera Darat Malaysia (TDM) sedang mengenal pasti beberapa kawasan untuk menambah bilangan pos kawalan di pantai timur Sabah.

Katanya, ini sekali gus bagi memperkasakan lagi kerjasama rapat dengan negara jiran dalam aspek keselamatan berikutan  pemindahan ibu kota negara republik itu ke Kalimantan. 

Beliau secara peribadi menyambut baik pemindahan ibu kota tersebut dan akan terus mencari peluang kolaborasi strategik menerusi platform bilateral agar soladiriti dan kerjasama erat sedia terjalin akan terus dilonjakkan.

“Kesiagaan di medan timur khususnya di Sabah yang mana pada masa ini mengikut kepada Strategi Tentera Darat ataupun objektif pertama Tonggak Panglima Tentera Darat Ke-29 iaitu Kesiapsiagaan yang telah digariskan, kita akan memperkasakan keselamatan di pantai timur Sabah.

“Beberapa rancangan telah disusun iaitu kita akan menambah bilangan pos kawalan dan mengenal pasti kawasan-kawasan yang kita boleh adakan bilateral bersama kerajaan Indonesia. Setakat ini, taklimat yang saya dapat daripada Panglima 5 Divisyen, kita akan teruskan apa juga rancangan malah, kita akan perkasakan lagi dari segi sumber manusia, peralatan-peralatan untuk kita menjalankan operasi di Sabah.

“Di samping itu, kita terus mengadakan kerjasama dan beroperasi dengan pasukan setempat seperti Polis Diraja Malaysia, ESSCOM, Angkatan Bersama 2 supaya kita tidak overlap. Dengan itu, kita dapat cover mana-mana bahagian yang kita dapati ada kelompangan supaya keselamatan komprehensif dapat kita dicapai dalam masa kita mengadakan tugas operasi ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin serta isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni bersempena pelantikannya sejak 7 Jun lalu.

Mohd Sofi berkata, PMTTD juga mempunyai perancangan penstrukturan semula dalam 5 Divisyen bagi mempertingkatkan lagi tahap kesiapsiagaan pasukan TDM.

“Kesiagaan dan restructuring of medan timur khususnya 5 Divisyen itu ada tetapi akan mengambil sedikit masa,” katanya.

Turut hadir dalam kunjungan itu, isterinya Datin Erni Irawati Rosli; Panglima Divisyen Kelima Infantri Malaysia, Mejar Jeneral Datuk Abdul Rahman A Wahab dan isteri, Datin Zarina Alif.

Sebagai peneraju PMTTD yang baharu, beliau bertekad untuk meneruskan legasi kecemerlangan TDM agar tetap perkasa bagi memastikan kesiagaan Wilayah 2 (Borneo) dalam trajektori mapan demi kelestarian integriti persempadanan di Sabah dan Sarawak.

Terdahulu, Tun Juhar menerima kunjungan hormat hormat Duta Besar Ireland ke Malaysia, Hilary Reilly yang bertujuan untuk memperkenalkan diri selepas dilantik ke jawatan tersebut pada Oktober 2019.

RELATED ARTICLES
Utama

2 Anggota Polis Ulu Tiram Terbunuh, Penyerang Ditembak Mati

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular