HomeUtamaAmaran ribut petir di 11 buah negeri petang ini

Amaran ribut petir di 11 buah negeri petang ini

Read Time:1 Minute, 15 Second

Kota Kinabalu : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan 11 buah negeri petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat berserta angin kencang yang berlaku di beberapa negeri di Semenanjung iaitu Kedah; Pulau Pinang; Perak; Kelantan; Terengganu; Pahang; Selangor; Kuala Lumpur dan Johor.

Turut terkesan dengan amaran ribut petir itu adalah melibatkan beberapa buah daerah di Sabah dan Sarawak sehingga jam 7 malam ini.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di negeri Kedah melibatkan Yan; Pendang; Kuala Muda; Sik; Baling; Kulim dan Bandar Baharu dan Kelantan melibatkan Jeli; Kuala Krai dan Gua Musang.

“Bagi negeri Pulau Pinang; Perak; Terengganu; dan Kuala Lumpur, hampir keseluruhan kawasan mengalami Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang.

“Manakala bagi negeri Pahang pula ia melibatkan Tanah Tinggi Cameron; Lipis; Raub; Jerantut; Bentong; Bera dan Rompin dan di Selangor (Sabak Bernam; Kuala Selangor; Hulu Selangor; Klang; Gombak; Petaling dan Hulu Langat) dan di Johor (Segamat; Kluang; Mersing; Kulai; Kota Tinggi dan Johor Bahru),” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Bagi negeri Sabah, ia melibatkan Pedalaman (Nabawan dan Tambunan), Pantai Barat dan Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan di Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

SSMJ kerjasama dengan agensi Kerajaan pastikan miskin tegar di Sabah dinoktahkan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular