HomeSukanSkuad Badak mudah tundukkan Tok Gajah di Likas

Skuad Badak mudah tundukkan Tok Gajah di Likas

Read Time:1 Minute, 25 Second

Kota Kinabalu : Sabah FC terus mengekalkan rentak kemenangan dilaman sendiri apabila berjaya membelasah Sri Pahang FC 4-0 pada saingan Liga Super di Stadium Likas di sini malam ini.

Sabah yang turun dengan misi meneruskan momentum kemenangan tidak memberi ruang mudah kepada pasukan lawan apabila menunjukkan disiplin tinggi apabila bertahan tanpa bolos sehingga akhir perlawanan.

Tuan rumah tidak menunggu lama untuk mendapatkan gol pertama menerusi jaringan penyerang Darren Lok pada minit ke-9 selepas berjaya menolak masuk bola hantaran pemain import Ramon Marcado.

Sabah sekali lagi berjaya menambah gol kedua menerusi jaringan Ramon pada minit ke-43 selepas mudah menolak masuk bola hantaran Saddil Ramdani menjadikan tuan rumah mendahului 2-0.

Bermula babak kedua, Sri Pahang cuba untuk mendapatkan gol pertama menerusi beberapa serangan namun berjaya dipatahkan pertahanan tuan rumah.

Kehadiran lebih 8,000 penyokong tuan rumah terus dihadiahkan dengan gol ketiga Sabah menerusi rembatan kencang Darren Lok pada minit ke-65 selepas menerima bola hantaran Irfan Fazail.

Empat minit berselang, Sabah terus menambah derita pasukan pelawat apabila berjaya menambah gol keempat menerusi jaringan Stuart Wilkin pada minit ke-69 yang mudah menolak masuk bola apabila berdepan satu lawan satu dengan penjaga gol Muhammad Zarif Irfan Hashimuddin.

Jaringan besar Sabah FC pada malam ini juga dicapai ketika penampilan terakhir ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar yang diturunkan pada minit ke-80 menggantikan Park Taesu.

Baddrol sebelum ini diumumkan tidak lagi bersama Sabah FC selepas perlawanan malam ini dan dikhabarkan bakal menukar gelanggang ke bidang politik.

Keputusan 4-0 itu kekal sehingga tamat perlawanan menjadikan Sabah FC berjaya mengutip 33 mata dan kekal ditangga kelima Liga Super.

Sabah FC akan bertemu Selangor FC pada 23 Julai depan bertempat di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). –SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

PTBNS B juara pertandingan boling trio wanita

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular