HomeIsu tempatanMayat remaja ditemukan 102km dari lokasi kejadian

Mayat remaja ditemukan 102km dari lokasi kejadian

Read Time:52 Second

TUARAN: Mangsa remaja lelaki yang dipercayai tergelincir lalu terjatuh dari jambatan gantung Kampung Damat – Kampung Lakang, Tuaran, mayatnya telah ditemui di tepi pantai perairan Kudat, Kampung Rukom pada jam 9.10 pagi tadi (15 Julai) dalam jarak 102 kilometer dari lokasi kejadian.

Dalam kejadian pada 8 Julai lalu, mangsa dikenali Mohd Hisham Iskandar Azli berusia 13 tahun bersama lima orang rakan berada di atas jambatan gantung di lokasi kejadian namun mangsa tergelincir dan menyebabkan dia terjatuh ke dalam sungai.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, setelah lapan hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan bersama pasukan dari agensi keselamatan lain, mayat mangsa akhirnya ditemui oleh orang awam di tepi pantai perairan Kudat, Kampung Rukom pada jam 9.10 pagi tadi dalam jarak 102 kilometer dari lokasi kejadian.

“Pengecaman identiti mangsa oleh ahli keluarga pada jam 4.15 petang tadi (15 Julai).

“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada Jam 5.00 petang tadi,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Ambuyat berpotensi untuk dikomersialkan ke peringkat lebih tinggi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular