HomeUtamaKePKAS alu-alukan penubuhan pondok polis 'Conferencing Point' di bandar KK

KePKAS alu-alukan penubuhan pondok polis ‘Conferencing Point’ di bandar KK

Read Time:1 Minute, 25 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar mengalu-alukan penubuhan pondok polis ‘Conferencing Point’ di bandar ini memandangkan kebangkitan semula aktiviti pelancongan, seperti yang diumumkan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun pada Jumaat.

Menterinya Datuk Christina Liew memuji pihak polis atas inisiatif mereka, berkata ia adalah langkah paling tepat pada masanya kerana negeri ini berada di landasan untuk pemulihan pelancongan.

Beliau bersetuju dengan Jauteh bahawa walaupun tidak ada keraguan bahawa Sabah mahupun Kota Kinabalu adalah selamat, bagaimanapun adalah lebih baik kita semua bekerjasama untuk mengekalkan status quo keselamatan yang telah dicapai setakat ini.

“Berasa selamat adalah amat penting kepada pelawat yang datang ke negara asing. Kita mesti membuatkan mereka berasa selamat supaya mereka boleh bergerak dengan bebas dan menikmati penginapan mereka tanpa rasa takut diganggu.

“Dengan keselamatan yang dipertingkatkan di sekitar bandar, pelancong domestik dan antarabangsa sama-sama boleh yakin bahawa mereka berada dalam keadaan selamat semasa melawat ibu negeri atau daerah sekitarnya,” kata Christina yang juga Adun Api-Api, dalam satu kenyataan pada Sabtu .

Terdahulu, pada Jumaat, Pesuruhjaya Polis Sabah melancarkan pondok polis yang beroperasi sepanjang masa di Warisan Square di sini.

Menurut Christina, Sabah menyaksikan lonjakan pelancong Korea, berikutan pembukaan semula sempadan antarabangsa tahun ini, selepas Malaysia memulakan peralihan daripada pandemik Covid-19 kepada fasa endemik pada April 2022 hingga sekarang.

“Pada Ahad ini, Air Asia melancarkan semula laluan Macau-Kota Kinabalu dengan perkhidmatan penerbangan berjadual terus empat kali seminggu.

“Ini menjadikan sejumlah 40 penerbangan berjadual terus setiap minggu dari China (termasuk Hong Kong) ke Kota Kinabalu, melalui Air Asia sahaja, iaitu Hong Kong (10 penerbangan seminggu), Guangzhou (7 penerbangan seminggu), Shenzhen (7 penerbangan seminggu), Beijing (7 penerbangan seminggu), Wuhan (5 penerbangan seminggu) dan Macau (4 penerbangan seminggu),” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Malaysia rakam takziah, simpati pada Iran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular