HomeUtamaHajiji & Juliah Mengadap Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

Hajiji & Juliah Mengadap Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

Read Time:58 Second

BANDAR SERI BEGAWAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor
dan isteri, Datin Seri Juliah Salag mengadap Kebawah Duli Yang
Maha Mulia ( KDYMM) Paduka Seri Baginda Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Saleha Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Mohamed Alam di Istana Nurul Iman pada Sabtu.

Terdahulu mereka menghadiri Majlis Istiadat Mengadap dan Mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam Bagi Memperingati Hari Puja Usia Yang Ke 77 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Majlis itu turut dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah Tan Sri R. M. Jasni.

Hajiji dan Juliah juga menghadiri Majlis Istiadat Barisan Kehormatan di Taman Sir Muda Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

Esok (Ahad) Hajiji dan Juliah akan menghadiri Majlis Persantapan Bagi Memperingati Hari Puja Usia Yang Ke 77 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan
dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Istana Nurul Iman.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah Antara 5 Negeri Terima Sijil Tanpa Teguran Ketua Audit Negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular