HomeIsu tempatanMetMalaysia keluar nasihat ribut tropika kuat

MetMalaysia keluar nasihat ribut tropika kuat

Read Time:32 Second

BERNAMA

Kuala Lumpur : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat ribut tropika kuat (Talim), yang dikesan berlaku kira-kira 1,327 kilometer (km) barat laut Kudat, Sabah.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan ribut tropika itu terjadi pada kedudukan latitud 18.8 utara dan longitud 116.1 timur, kira-kira 451 km ke tenggara Hong Kong, China.

Berdasarkan pencerapan pada 8 pagi, jabatan itu memberitahu ribut tropika berkenaan bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan 10 km sejam (km/j) dan boleh mencapai maksimum 92 km/j.

MetMalaysia menjelaskan keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan.  BERNAMA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

48 murid SK Sembulan sertai Program Khatan beramai-ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular