HomeUtamaKetua Menteri sambut baik penerbitan buku 'A Tale from Tuaran'

Ketua Menteri sambut baik penerbitan buku ‘A Tale from Tuaran’

Read Time:2 Minute, 6 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Buku cerita kanak-kanak interaktif bertajuk “A Tale from Tuaran : Tales For Our Tiny Tribes” oleh penulis tempatan Fariza Sakina Farish yang berkisarkan cerita-cerita rakyat mendapat sambutan baik dikalangan masyakarat di negeri ini.

Pada 11 Julai lalu, Fariza diberi penghormatan untuk menyampaikan bukunya kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

Menurut Fariza, Ketua Menteri berbangga dengan usaha pencapaian karyanya dan mengakui bahawa buku itu mempunyai potensi yang lebih besar untuk menjadi sebahagian daripada program pendidikan dan memperomosikan keunikan budaya etnik yang terdapat di Sabah.

Fariza turut berkongsi kepada Hajiji bahawa dia juga telah menyumbangkan buku-buku itu kepada sekolah lama ibunya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Johns yang juga merupakan sekolah lama Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, di mana Fariza juga telah melakukan pembacaan buku kepada kanak-kanak semasa Karnival Bahasa Inggeris di sekolah itu pada 27 Jun lalu.

“Ketua Menteri mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada saya kerana mengambil inisiatif untuk menaikkan semangat belia Sabah dan menantikan 26 buku lain yang beliau ingin dapatkan, meliputi cerita rakyat setiap daerah di Sabah,” kata Fariza ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Buku A Tale from Tuaran telah dilancarkan semasa perayaan Pesta Kaamatan pada 30 dan 31 Mei lalu, oleh pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai.

Kata Fariza, buku itu menceritakan sebuah kisah menarik yang diilhamkan daripada kisah Ibu Fariza yang menghabiskan sebahagian besar zaman kanak-kanaknya untuk mencari pengembaraan di luar rumah sambil menunggang basikalnya di Tuaran.

Ia juga terhasil daripada pemerhatian Fariza terhadap kemerosotan kesihatan mental yang mendadak semasa pandemik dan berpendapat adalah penting untuk mengakui cabaran yang dirasakan kanak-kanak yang terkurung di rumah, kerana Fariza sendiri seorang pencinta alam yang memahami kepentingan kanak-kanak menghabiskan masa di luar rumah.

Di samping itu dengan kedua-dua ibu bapanya berasal dari Sabah, Fariza sentiasa berbangga dengan kekayaan warisan budayanya dan ingin meraikan semangat kekitaan itu menerusi buku yang dihasilkan.

Justeru, katanya, penerbitan itu berfungsi sebagai buku cerita dan buku aktiviti, menyelami pembaca muda dalam pengalaman interaktif yang memfokuskan di sekitar kampung halaman Fariza, daerah Tuaran.

Fariza turut memaklumkan setakat ini buku tersebut telah diterima dengan baik dan lebih 1,000 naskhah telah terjual.

“Pelanggan telah menghantar maklum balas positif terhadap ciri interaktif tambahan buku itu, termasuk sedikit rujukan pendidikan sejarah Sabah, halaman mewarna dan cerita- cerita rakyat,” ujarnya.

Sehubungan dengan itu, kata Fariza, sebagai sebahagian daripada memberi kembali kepada masyarakat, 10 peratus daripada keuntungan akan disumbangkan kepada pemuliharaan dan perlindungan gajah pygmy yang terancam di Seratu Aatai.

RELATED ARTICLES
Utama

Hajiji terima kunjungan hormat Penasihat Komuniti Puisi Esei Asean Denny JA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya