HomeUtamaUsaha martabat pendidikan di Sabah terus diberi perhatian

Usaha martabat pendidikan di Sabah terus diberi perhatian

Read Time:1 Minute, 16 Second

Membakut : Usaha untuk memartabatkan bidang pendidikan di negeri ini akan sentiasa diberi perhatian bagi memastikan para pelajar terus mencapai kejayaan cemerlang ke peringkat lebih tinggi.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, ia termasuklah menyalurkan bantuan menerusi beberapa inisiatif pendidikan yang telah diluluskan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor sebelum ini.

“Hari ini saya meraikan pelajar cemerlang Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Membakut.  Ini adalah kali ke-16 yang mana kita juga meraikan anak-anak dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan beberapa peperiksaan lain yang kini tidak dilaksanakan lagi.

“Saya juga telah memberi maklum berhubung dengan inisiatif yang telah diluluskan dan diumumkan Ketua Menteri berhubung pendidikan seperti Bantuan Ihsan Komputer (BAIK); Bantuan Tunai Pendaftaran IPT dan beberapa bantuan lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan motivasi kepada lima pelajar cemerlang STPM 2022 bagi DUN Membakut di sini semalam.

Arifin yang juga Exco Pendidikan Sabah berkata, para pelajar yang layak digalakkan untuk memohon melalui Pejabat Tugas-Tugas Khas Sabah.

“Setiap tahun kita akan menyantuni mereka (calon peperiksaan), sebelum peperiksaan saya akan datang sendiri ke sekolah berkenaan termasuklah mereka para calon peperiksaan di Sekolah Agama Negeri (SAN).

“Setelah mereka mendapat keputusan, saya juga meraikan mereka sebagai tanda sokongan dan semangat kepada mereka.  Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada anak-anak yang cemerlang di kawasan DUN Membakut ini dan seluruh Sabah.

“Saya juga mahu mereka terus berjuang untuk pendidikan atau pembelajaran mereka ke peringkat lebih tinggi,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Hajiji terima kunjungan hormat delegasi US-ASEAN Business Council

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular