HomeIsu tempatanLagu Hati Nan Rapuh ungguli CLAS musim ke-14

Lagu Hati Nan Rapuh ungguli CLAS musim ke-14

Read Time:1 Minute, 31 Second

 Kota Kinabalu : Lagu Hati Nan Rapuh nyanyian penyanyi terkenal Sabah Fanzi Ruji berjaya mengungguli Anugerah Carta Lagu Artis Sabah (CLAS) musim ke-14 yang berlangsung di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Sabah di sini petang semalam.

Dengan kemenangan lagu yang dicipta Ed Widad dan Cik BJ itu, mereka berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 beserta trofi, sijil penyertaan dan hadiah iringan.

Lagu Hati Nan Rapuh itu turut dianugerahkan Lirik Terbaik dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 beserta trofi, sijil penyertaan dan hadiah iringan.

Penyanyi lagu Hati Nan Rapuh, Fanzi Ruji juga turut dianugerahkan hadiah Vokal Terbaik dan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 beserta trofi, sijil penyertaan dan hadiah iringan.

Manakala bagi persembahan terbaik telah dianugerahkan kepada Santiana Ramli yang membawa lagu bertajuk Firasat hasil komposer dan penulis lirik oleh Santiasa sendiri dan Omar Hasim.

Mereka juga berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 beserta trofi, sijil penyertaan dan hadiah iringan.

Terdahulu, CLAS Musim ke-14 yang tertangguh selepas dua tahun akibat pandemik COVID-19 itu menampilkan sebanyak sembilan buah lagu dengan penglibatan 15 artis tempatan Sabah bagi merebut gelaran juara.

Bagi merebut gelaran Juara Lagu, setiap minggu 10 buah lagu ciptaan komposer tempatan bertanding dalam carta mingguan yang disiarkan setiap Sabtu jam 2 hingga 3 petang selama 40 minggu menerusi siaran radio SABAHfm.

Sepanjang musim ke-14, sebanyak 46 buah lagu tersenarai dalam carta dan diundi melalui kaedah undian Google Form menerusi Fan Page Facebook Carta Lagu Artis Sabah (CLAS).

Pertandingan ini bermatlamat untuk menggalakkan penciptaan lagu Bahasa Melayu dalam kalangan komposer lagu di Sabah, menghasilkan lagu-lagu Melayu berkualiti dan berdaya saing serta dinyanyikan artis tempatan Sabah.

Hadiah disampaikan Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Joniston Bangkuai yang mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor. – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Cubaan tangkap ikan guna bahan letupan berjaya digagalkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular