Usaha untuk memartabatkan bidang pendidikan di negeri ini akan sentiasa diberi perhatian bagi memastikan para pelajar terus mencapai kejayaan cemerlang ke peringkat lebih tinggi.
Pelbagai cara pembelajaran yang berkesan dikongsi oleh pelajar-pelajar yang memperoleh kelulusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2022 yang diumumkan hari ini.