HomeUtamaSTPM 2022: 59 buah sekolah di Sabah lulus 100 peratus

STPM 2022: 59 buah sekolah di Sabah lulus 100 peratus

Read Time:1 Minute, 55 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak 59 buah sekolah di Sabah mencapai kelulusan 100 peratus dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pada tahun 2022.

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Mohd Zaini Yanin berkata, dari segi pencapaian individu seramai 75 orang calon STPM pada tahun 2022 berjaya memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00 berbanding seramai 60 orang pada tahun 2021. Ini menunjukkan peningkatan seramai 15 orang calon.

“Semua calon terbaik STPM 2022 menerima Sijil daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) sebagai menghargai usaha mereka untuk mencapai keputusan yang cemerlang walaupun menghadapi pelbagai kesukaran dan jerih perih,” katanya semasa Majlis Pengumuman Keputusan STPM tahun 2022 di Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu, di sini, hari ini.

Dalam majlis itu turut di maklumkan bahawa bilangan calon yang mendaftar untuk menduduki peperiksaan STPM 2022 adalah sebanyak 7,618 calon, meningkat sebanyak 79 calon daripada 7,539 calon yang mendaftar STPM 2021.

“Daripada 7,618 calon yang mendaftar, sebanyak 91.90 peratus calon (7,001 calon) telah hadir untuk menduduki peperiksaan pada ketiga-tiga semester STPM 2022.

“Manakala Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Negeri Sabah, STPM 2022 ialah 2.72, meningkat sebanyak 0.01 mata berbanding tahun 2021, iaitu 2.71,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Zaini berkata, pencapaian calon STPM 2022 secara keseluruhannya dianggap masih sama dengan pencapaian calon STPM 2021 kerana perbezaan yang sangat kecil, iaitu hanya sebanyak 0.01 mata dan perbezaan ini tidak menggambarkan siginifikan yang besar kepada pencapaian calon STPM 2022 berbanding dengan calon STPM 2021.

Menurutnya, dari segi pencapaian, calon yang memperolehi keputusan 5P seramai 324 calon (4.63%), 4P seramai 4,802 calon (68.59%), 3P seramai 1,084 calon (15.48%), 2P seramai 466 calon (6.66%) dan 1P seramai 245 calon (3.50%).

“Jumlah calon lulus penuh adalah seramai 6,921 (98.86%) daripada 7,001 calon yang menduduki pada tahun 2022 berbanding seramai 7.109 (98.60%) pada tahun 2021. Terdapat peningkatan sebanyak 0.26 peratus,” kata Mohd Zaini.

Sementara itu, katanya, sebanyak 102 buah Sekolah Kerajaan iaitu melibatkan 106 buah pusat peperiksaan STPM Tahun 2022.

“27 buah pusat peperiksaan terletak di kawasan bandar dengan pencapaian lulus sebanyak 95.30 peratus manakala 79 buah sekolah di luar bandar mencapai lulus sebanyak 98.54 peratus. Ini menunjukkan jurang perbezaan lulus antara bandar dan luar bandar sebanyak 3.24 peratus,” jelas beliau.

RELATED ARTICLES
Utama

Majlis Perniagaan AS-ASEAN bincang peluang perniagaan di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular