HomePolitikGagasan Rakyat Ranau terima kemasukan 150 ahli baharu

Gagasan Rakyat Ranau terima kemasukan 150 ahli baharu

Read Time:1 Minute, 1 Second

Ranau : Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Ranau menerima kira-kira 150 borang kemasukan keahlian daripada Ketua Cawangan Gagasan Rakyat Lohan Ulu Simpangan diketuai Asly Harun.

Penyerahan borang yang diadakan di Pejabat Urusetia Gagasan Rakyat di sini itu diterima Timbalan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Ranau, Datuk Faimin Kamin.

Asly berkata, kemasukan pihaknya bersama ahli-ahli lain ke dalam Gagasan Rakayt adalah satu isyarat baharu bahawa parti tempatan itu semakin mendapat tempat di hati rakyat khususnya di daerah ini termasuk negeri secara keseluruhannya.

Katanya, kemasukan itu juga menunjukkan bahawa mereka sangat yakin dengan perjuangan dan hala tuju parti yang sentiasa konsisten menyuarakan kepentingan serta hak-hak Sabah.

“Gagasan Rakyat adalah pilihan tepat untuk penduduk Sabah ketika ini dan saya percaya orang ramai terutama kami di Ranau juga sangat beruntung kerana memilki seorang pemimpin yang sangat berwibawa, dekat kepada rakyat serta mempunyai kedudukan yang baik dalam kerajaan Sabah iaitu Datuk Seri Masidi Manjun.

“Pada masa ini, kita memerlukan kestabilan dan perpaduan daripada semua untuk terus bergerak ke hadapan. Maka, saya yakin parti ini adalah pilihan terbaik untuk mengembalikan kestabilan yang sangat diperlukan,” katanya.

Beliau percaya, kebolehan serta pengalaman Masidi dalam kepimpinan daerah berkenaan dan Sabah secara keseluruhan menerusi Gagasan Rakyat berada dalam landasan tepat. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
PolitikUtama

Kemelut MPN Sabah Akan Diputuskan Dalam Jangka Masa Terdekat – Anwar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya