HomeUtamaKomuniti Maritim dinasihati agar sentiasa berwaspada dengan perubahan cuaca

Komuniti Maritim dinasihati agar sentiasa berwaspada dengan perubahan cuaca

Read Time:1 Minute, 14 Second

Kota Kinabalu : Komuniti Maritim khususnya di negeri ini dinasihati agar sentiasa berada dalam keadaan berwaspada berikutan negara sedang dalam fasa peralihan monsun.

Pengarah Maritim Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Che Engku Suhaimi Che Engku Daik berkata, amaran angin kencang dan laut bergelora serta ribut petir yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)  dijangka bermula 13 hingga 20 Julai ini.

Katanya, MetMalaysia memaklumkan angin kencang barat berkelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Sabah Barat dan Sabah Timur.

Pengarah Maritim Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Che Engku Suhaimi Che Engku Daik

Menurutnya lagi, keadaan angin kencang sehingga 60 kmsj dan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter amat bahaya kepada bot-bot kecil, pengusaha bot penumpang dan aktiviti rekreasi laut.

“Justeru itu, komuniti maritim dinasihatkan untuk peka dengan amaran yang telah dan akan dikeluarkan oleh pihak keselamatan dari masa ke masa.

“Pemakaian jaket keselamatan hendaklah diberi perhatian agar dapat mengurangkan sebarang risiko yang bakal berlaku,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Engku Suhaimi berkata,  komuniti maritim juga diingatkan untuk sentiasa mengutamakan keselamatan diri dan memaklumkan kepada keluarga tujuan ke laut serta lokasi bagi memastikan bot selamat untuk digunakan dan sentiasa peka pada cuaca semasa.

“Sekiranya berlaku insiden di laut, komuniti diminta untuk terus menghubungi talian kecemasan MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan ditalian 088- 387774 yang beroperasi 24 jam,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

2 Anggota Polis Ulu Tiram Terbunuh, Penyerang Ditembak Mati

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular