HomeUtamaHajiji & Juliah Hadir Majlis Persantapan Hari Keputeraan ke-77 Sultan Brunei

Hajiji & Juliah Hadir Majlis Persantapan Hari Keputeraan ke-77 Sultan Brunei

Read Time:43 Second

BANDAR SERI BEGAWAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Juliah Salag merupakan antara tetamu khas yang menghadiri Majlis Persantapan Sempena Hari Keputeraan Ke 77 Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Paduka Seri Baginda Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Istana Nurul Iman pada Ahad.

Majlis itu turut dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Dr. Hajah Norlidah Tan Sri R. M. Jasni.

Pada Sabtu Hajiji dan Juliah mengadap Sultan Hassanal Bolkiah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Saleha Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Mohamed Alam di Istana Nurul Iman.

Mereka turut menghadiri Majlis Istiadat Mengadap dan Mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam dan Majlis Istiadat Barisan Kehormatan di Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular