HomeUtamaKemuka tuntutan palsu, lima penjawat awam ditahan

Kemuka tuntutan palsu, lima penjawat awam ditahan

Read Time:1 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan lima pegawai termasuk seorang wanita di sebuah jabatan kerajaan kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu perpindahan yang melibatkan beberapa daerah di Sabah berjumlah kira-kira RM61,000.

Menurut sumber, kelima-lima suspek berusia antara 30an hingga 50an dipercayai ditahan antara jam 10 pagi hingga 12.30 tengahari ketika hadir di pejabat SPRM Sabah hari ini.

Beliau berkata, kesemua suspek dipercayai mengemukakan penyata resit syarikat pengangkutan bagi tujuan pembayaran penghantaran barangan rumah dan kenderaan sedangkan perkhidmatan tersebut tidak pernah dilakukan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

“Kesemua suspek ditahan selama 24 jam untuk siasatan lanjut dan tidak menolak kemungkinan beberapa tangkapan susulan akan dibuat.

“Kelima-lima suspek juga akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah, Kota Kinabalu esok pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan daripada siasatan kes ini, S Karunanithy berkata, pihak SPRM Sabah telah memberikan khidmat nasihat kepada Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dengan mencadangkan beberapa penambahbaikan pekeliling perkhidmatan sistem dan prosedur berhubung tuntutan perpindahan di jabatan itu.

“Kerajaan negeri Sabah juga telah menyambut baik khidmat nasihat dan kini dalam proses penambahbaikan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Luar negaraUtama

Helikopter Terhempas: Ebrahim Raisi Dilaporkan Maut Bersama Penumpang Lain

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular