HomeIsu tempatanPolis giat kesan suspek terlibat kes pecah rumah di Kinarut

Polis giat kesan suspek terlibat kes pecah rumah di Kinarut

Read Time:53 Second

LABUAN: Polis sedang giat mengesan suspek terlibat kes jenayah pecah rumah yang berlaku di taman perumahan Kinarut, Papar pada Jumaat lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun mengesahkan laporan mengenai kes tersebut telah dibuat oleh mangsa.

Katanya, menurut laporan itu dalam kejadian tersebut mangsa sekeluarga telah diikat dengan menggunakan wayar.

“Justeru, pihak Ketua Jabatan Siasatan Jenayah telah merancang beberapa mesyuarat atau projek berkaitan perkara ini dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar,” katanya pada sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Labuan di Dewan Bancolasi IPD Labuan pada Isnin (17 Julai).

Bagaimanapun, Jauteh berkata, sehingga setakat ini belum ada tangkapan dibuat berkaitan kes tersebut.

Terdahulu, pada Sabtu lalu, tular di media sosial (aplikasi Whatsapp) satu laporan polis mengenai kejadian pecah rumah yang berlaku dan mangsa sekeluarga diikat dengan dawai serta diacu dengan parang oleh suspek di kediaman mangsa di Kinarut pada Jumaat lalu.

Dalam laporan tersebut, dikatakan suspek telah melarikan barang berharga serta wang tunai milik mangsa.

Menurut Jauteh, kes masih dalam siasatan dan disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

FSSK UMS jayakan seminar pergerakan kesatuan sekerja di Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular