HomeIsu tempatanTangani Isu Kurang Zat Makanan Menerusi Komunikasi Perubahan Sosial dan Tingkahlaku

Tangani Isu Kurang Zat Makanan Menerusi Komunikasi Perubahan Sosial dan Tingkahlaku

Read Time:1 Minute, 54 Second

KOTA KINABALU: Dalam usaha memperluaskan penggunaan Komunikasi Perubahan Sosial dan Tingkahlaku, seramai 31 Pegawai Sains (Pemakanan) dan Pakar Perubatan Keluarga yang bertugas di Sarawak dan Labuan telah menjalani kursus bagi memahami kepentingan menggunakan pendekatan ini dalam tugas harian mereka.

Perubahan tingkahlaku dalam kalangan individu dan komuniti amat penting dalam konteks mencapai sasaran yang diharapkan apabila menangangi isu kurang zat makanan dan lain-lain isu kesihatan termasuk anemia, menjadikan ia satu kemahiran yang bermanfaat untuk pekerja profesional dalam sektor kesihatan.

Kursus yang diadakan di Miri, Sarawak berlangsung selama tiga bermula dari 11 hingga 13 Julai dianjurkan oleh Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan dengan sokongan UNICEF Malaysia.

Ia dijalankan oleh pakar dalam bidang Komunikasi Perubahan Sosial dan Tingkahlaku daripada Unit Penyelidikan Komunikasi Pembangunan (C4D) UMS-UNICEF.

Peserta didedahkan pada konsep, falsafah dan aplikasi berkait komunikasi perubahan tingkahlaku sebagai satu alat yang boleh digunakan untuk merangka program bagi mengurangkan kejadian anemia dalam kalangan remaja perempuan dan wanita pada usia reproduktif.

Pendekatan ini boleh juga digunakan untuk menggalakkan penyusuan susu ibu secara eksklusif selama enam bulan pertama dan dalam mengatasi masalah kurang zat makanan dalam kalangan kanak-kanak berusia kurang daripada lima tahun.

Komunikasi berkait perubahan tingkahlaku menggunakan pendekatan tertentu bagi mengubah amalan kebiasaan kumpulan sasar pada yang lebih baik, dan pengetahuan ini membantu petugas kesihatan untuk menangani masalah tingkahlaku yang mungkin menjadi penghalang pada program yang dirancang.

Berdasarkan maklumbalas daripada peserta, mereka kini lebih memahami keperluan komuniti yang berbeza, dan ini membolehkan mereka melaksanakan polisi yang berkait dengan kurang zat makanan dan isu kesihatan lain.

Sementara itu, Ketua Unit Penyelidikan Komunikasi Pembangunan UMS-UNICEF, Dr Latif Lai berkata peluang melatih lebih ramai profesional dari Kementerian Kesihatan dalam bidang komunikasi perubahan tingkahlaku adalah sesuatu yang dialu-alukan.

“Ini adalah kali kedua Unit ini terlibat dengan Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan dalam menjalankan latihan seumpama ini. Kali pertama adalah pada 2020 untuk Pegawai Sains (Pemakanan) yang bertugas di Sabah,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Unit Penyelidikan Komunikasi Pembangunan UMS-UNICEF mula beroperasi pada tahun 2019 dengan kerjasama UNICEF Malaysia. Unit ini berpusat di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah.

Unit ini berfungsi untuk memperluaskan dan mengukuhkan penggunaan komunikasi perubahan tingkahlaku dan sosial bagi menangani pelbagai isu yang dihadapi masyarakat, terutamanya wanita dan kanak-kanak. Ia telah menjalankan 14 siri latihan melibatkan 300 peserta.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Pameran Petak Pertama langkah permulaan Alumni ASTiF UMS dalam industri seni

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya