HomeIsu tempatanKarnival Kikik tarik minat golongan muda bermain permainan tradisi

Karnival Kikik tarik minat golongan muda bermain permainan tradisi

Read Time:1 Minute, 11 Second

Membakut : Seramai 63 peserta terdiri dari penduduk sekitar daerah ini berjaya memeriahkan Karnival Kikik Tertutup Dewan Undangan Negeri (DUN) Membakut yang diadakan di sini Sabtu lalu.

Karnival itu dianjurkan oleh Kelab Petani Blok 7 dengan kerjasama Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut dan Persatuan Masyarakat Brunei Sabah (PMBS) Pimping.

Majlis perasmian dan penyampaian hadiah disempurnakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Arifin yang juga ADUN Membakut berkata, penganjuran karnival buat kali kedua itu dilihat dapat membantu menarik minat masyarakat khususnya golongan muda untuk bermain permainan tradisi berkenaan.

“Pertamanya saya ucapkan tahniah kepada pihak penganjur kerana telah berjaya menganjurkan karnival ini dengan jayanya dan telah berjaya menarik lebih 60 peserta menyertainya.

“Saya difahamkan ada peserta termuda berusia lapan tahun juga turut menyertai karnival pada tahun ini.  Jika tiada halangan, acara ini akan dijadikan sebagai acara tahunan agar tradisi dan kemeriahan acara ini kembali dirasai,” katanya.

Tambahnya, karnival yang akan diadakan secara tahunan itu nanti akan dibuka kepada seluruh daerah Membakut meliputi DUN Membakut dan DUN Bongawan.

Beliau turut berharap acara seumpama ini akan dapat memainkan peranan tersendiri dalam menjana kemakmuran ekonomi penduduk setempat.

Pada karnival itu , sebanyak tiga kategori dipertandingkan antaranya Kikik Lawa; Kikik Penyambaran dan Kikik Besambar.

Daripada jumlah peserta yang menyertai, seramai 20 peserta telah menyertai bagi kategori Kikik Lawa; 25 peserta bagi kategori Kikik Penyambaran dan seramai 18 peserta menyertai kategori Kikik Basambar. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS, Yun Fook Resources laksana penyelidikan nutrisi murid sekolah di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular