HomeUtamaJawatankuasa Khas ditubuhkan kenal pasti isu, masalah berlaku di premis kesihatan di...

Jawatankuasa Khas ditubuhkan kenal pasti isu, masalah berlaku di premis kesihatan di Sabah

Read Time:1 Minute, 43 Second

Kota Kinabalu : Satu Jawatankuasa Khas akan ditubuhkan bagi mengenal pasti isu atau masalah yang berlaku di semua premis kesihatan di negeri ini khususnya yang melibatkan masalah air dan elektrik.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib berkata, jawatankuasa itu juga akan turut menangani masalah-masalah lain yang timbul dari masa-kesemasa agar ianya dapat diambil tindakan segera dan lebih efektif.

“Justeru, selaku Menteri bertanggungjawab yang diberikan amanah sebagai Exco Kesihatan Negeri Sabah, saya tidak akan duduk diam jika mana-mana premis kesihatan di negeri ini mengalami apa juga masalah khasnya yang melibatkan kepentingan utama separti air dan elektrik. 

“Oleh itu saya mencadangkan satu Jawatankuasa Khas ditubuhkan untuk memudahkan mengenal pasti isu atau masalah yang berlaku terutama masalah air, elektrik dan masalah-masalah lain yang timbul dari masa-kesemasa, agar dapat diambil tindakan segera dan lebih efektif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan khas bagi melihat sendiri isu berkaitan masalah air yang dialami di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) di sini petang tadi.

Turut sama pada lawatan itu Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Dr Asits Sanna dan Pengarah HWKKS Dr Marcus Netto.

James yang juga Exco Kesihatan Sabah berkata, pihaknya sentiasa mengalu-alukan sebarang idea serta usaha ke arah membantu memacu pembangunan rakyat di negeri ini.

“Lawatan saya pada petang ini juga bagi memastikan bahawa Hospital Likas dan hospital lain di Sabah akan mendapat bekalan air secukupnya selain mengelakkan daripada tohmahan daripada pihak luar yang hanya memanipulasi perkara yang tidak pasti.

“Kita dapati hari ini bekalan air di Hospital Likas ini juga telah mencukupi dan sudah lama kita tangani masalah ini.  Maka dengan itu, saya sekali lagi mengingatkan kepada mana-mana pihak yang suka menunding jari dan menghangatkan isu di media sosial, agar menghentikan perbuatan demikian.

“Malah saya mengalu-alukan sebarang idea serta usaha kearah membantu memacu pembangunan rakyat dan negeri Sabah,” katanya.

Sebelum ini tular satu surat berhubung isu gangguan bekalan air yang berlaku di HWKSS bertarikh 23 Jun lalu dan turut disiarkan di media sosial menggunakan akaun Buletin Warisan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Pengalaman Mengecewakan dengan Fly Pass Syarikat Penerbangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular