HomeSukanTABS B12 tumpaskan pilihan Kuala Penyu B12

TABS B12 tumpaskan pilihan Kuala Penyu B12

Read Time:55 Second

Menumbok : Pasukan Tunas Asas Bola Sepak (TABS) SAFA Bandaraya B12 berjaya menewaskan Pilihan Kuala Penyu B12 7-1 dalam perlawanan bola sepak persahabatan di padang pekan di sini, Ahad lalu.

Perlawanan itu diadakan sempena program klinik bola sepak anjuran Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Menumbok dengan kerjasama TABS SAFA Bandaraya.

Pasukan pelawat mendahului lawan 3-1 pada separuh masa pertama.

Pasukan Pilihan Kuala Penyu terus berusaha mendapatkan jaringan namun serangan mereka mengalami kesukaran untuk menembusi benteng pertahanan lawan.

Sebaliknya pemain-pemain TABS menggandakan asakan dan ini membolehkan pasukan pelawat itu menghasilkan empat gol lagi pada separuh masa kedua.

Guru Besar SK Pekan Menumbok, Nordin Mohd Taip memberitahu, pihaknya masih dalam proses untuk menyesuaikan pemain-pemain pilihan itu untuk diserapkan menganggotai pasukan MSSD Kuala Penyu bagi mengambil bahagian dalam Kejohanan Bola Sepak MSSD peringkat negeri di Kudat nanti.

“Kami mempunyai masa kira-kira dua minggu untuk melakukan persiapan bagi menghadapi kejohanan peringkat negeri itu,” katanya.

Hadir menyaksikan perlawanan itu Timbalan Pengerusi TABS SAFA Bandaraya, Lokman Sunggim, Setiausaha SAFA Bandaraya, Jurtaidah Abdul Rahim, ketua jurulatih TABS, Matasan Ahmad dan wakil SAFA Kuala Penyu. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Kejohanan sukan bantu lonjakkan pencapaian murid

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular