HomeUtamaSabah di landasan tepat dapatkan hak 40 peratus hasil negeri

Sabah di landasan tepat dapatkan hak 40 peratus hasil negeri

Read Time:1 Minute, 5 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan negeri berada di landasan yang betul bagi mendapatkan hak Sabah seperti yang termaktub dalam Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan termasuk tuntutan 40 peratus hasil yang dikutip Kerajaan Persekutian di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, perkara itu dapat dilihat menerusi kenaikan peruntukan interim atau bayaran khas kepada RM300 juta pada tahun ini.

“Bagi pihak Kerajaan negeri, kita mengalu-alukan kenaikan pemberian khas untuk Sabah dan Sarawak itu seperti mana yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, semalam.

“Yakinlah bahawa kita tidak akan berhenti sehingga Sabah mendapat apa yang menjadi miliknya seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Pendirian Kerajaan Negeri ialah Sabah tidak pernah melepaskan haknya terhadap 40 peratus hasil yang dikutip dari negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Hajiji berkata, bayaran khas yang RM300 juta yang diberikan Kerajaan Persekutuan itu adalah satu penyelesaian yang bersifat interim.

Katanya, seperti dijelaskan Fadillah, rundingan masih dijalankan menerusi jawatankuasa berasingan bagi menentu dan memuktamadkan formula untuk bayaran khas tahunan kepada Sabah dan Sarawak dalam masa setahun.

“Sabah akan terus memperjuangkan kelayakan bayaran khas mengikut Perkara 112C dan Seksyen 2 Bahagian IV Jadual Kesepuluh, selain Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.

“Peruntukan itu menyediakan formula dan semakan terhadap kelayakan 40 peratus hasil yang dikutip Kerajaan Persekutuan di negeri ini,”katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah salur RM23 juta bantu sekolah bukan Kerajaan, persendirian Cina

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya