HomeIsu tempatanPenoreh getah maut dipatuk ular

Penoreh getah maut dipatuk ular

Read Time:50 Second

KENINGAU: Seorang penoreh getah ditemui maut oleh penduduk kampung dipercayai dipatuk ular berbisa dalam kejadian di Kampung Bunang Ulu Sook, di sini pada 13 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintenden Nor Rafidah Kasim mengesahkan kejadian, katanya, polis menerima laporan itu pada jam 8 pagi oleh penduduk kampung mengenai penemuan seorang lelaki tidak sedarkan diri itu.

Menurutnya, sepasukan polis dikerah ke lokasi kejadian mendapati mangsa dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri dipercayai sudah meninggal dunia.

“Hasil pemeriksaan awal di tempat kejadian, polis turut menemui satu mesin rumput yang berada berhampiran mangsa.

“Pemeriksaan awal pada badan mangsa pula mendapati beberapa kesan merah kehitaman pada kulit disyaki dipatuk haiwan berbisa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nor Rafidah berkata, siasatan mendapati mangsa berumur 36 tahun itu dikatakan pergi ke kawasan kebun berkenaan untuk menoreh getah dan memotong rumput, sehari sebelum ditemui mati.

Katanya, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Keningau untuk tindakan selanjutnya dan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Laluan masuk jejantas Skybridge ke Centre Point dibuka kepada awam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya