HomeUtamaTaat kepada Agong cerminan ketaatan kepada agama

Taat kepada Agong cerminan ketaatan kepada agama

Read Time:2 Minute, 31 Second

Kota Kinabalu : Ketaatan kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong merupakan satu cerminan kepada ketaatan dalam agama selain memastikan perpaduan ummah ntkhususnya di Sabah terus terjaga.

Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin berkata, rakyat di negeri ini dilihat hidup dalam masyarakat multi-racial yang sangat harmoni di bumi yang di cintai.

Katanya, kehidupan masyarakat kini jauh lebih baik berbanding negara lain yang ditimpa kemelut politik, pergaduhan kaum, kegawatan ekonomi, keruntuhan akhlak dan kebejatan sahsiah insani.

“Alhamdulillah keamanan negara kita ini terus terpelihara disebabkan kita mempunyai ‘Payung Negara’ tempat kita berteduh iaitu Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di- Pertuan Agong.

“Betapa pentingnya mentaati Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong di negara kita Malaysia yang kita cintai ini kerana ia mempunyai unsur ruh Islamiyyah yang sangat bermakna,” katanya.

Tun Juhar berkata demikian ketika berucap menyempurnakan sambutan Maal Hijrah 1445H peringkat negeri Sabah di Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) di sini hari ini.

Hadir sama isterinya Toh Puan Norlidah RM Jasni; Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datin Seri Juliah Salag.

Turut hadir sama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif dan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam.

Tun Juhar berkata, soal perpaduan ummah merupakan soal asas dan fundamental yang amat penting sekali bagi masa hadapan dan survival masyarakat kini.

Katanya, ianya juga merupakan ikatan dan nadi kekuatan ummah dimana ada segelintir golongan yang berfikir dan menganggap bahawa soal perpaduan ini tidak begitu penting. 

“Pada tanggapan mereka, soal perpecahan ummah adalah lumrah alam. Ada setengahnya pula yang sengaja menimbulkan isu-isu tertentu, walaupun mereka tahu ia akan membawa kepada perpecahan ummah. Yang diutamakan oleh mereka ini ialah populariti dan sanjungan oleh satu- satu golongan.

“Tindakan mereka itu amat jelas terkeluar dan lari daripada prinsip-prinsip pokok dan ajaran islam yang menyuruh kita bersatupadu dan melarang berpecah-belah.

“Malah Al-Quran sentiasa menyuruh orang-orang yang beriman supaya bersatu padu dan bersaudara serta melarang dari bermusuh-musuhan dan berpecah-belah. Gesaan Al-Quran ini adalah kerana kesan dan akibat dari perpecahan itu akan menjadikan kita umat yang lemah dan mudah digugat serta diperhinakan oleh pihak lain,” katanya.

Dalam pada itu, Tun Juhar berkata, rakyat Sabah yang cintakan keamanan haruslah terus berfikir dalam merangka strategi, metodologi dan pendekatan yang sesuai supaya aspek keamanan yang di kecapi selama ini hasil daripada perpaduan kaum yang utuh terus dijaga dengan baik. 

Katanya, jika masyarakat tidak menggunakan pendekatan yang holistik dan mapan, tamadun yang di bentuk mungkin akan lenyap ditelan zaman.

“Oleh yang demikian Islam amat menentang segala bentuk ekstremism, sama ada ia berbentuk percakapan, tindakan, pendekatan dan sebagainya.

“Ini adalah kerana ianya bukan sahaja mengancam keharmonian, keamanan dan kedamaian sesebuah masyarakat, bahkan juga akan mengancam keselamatan Negeri Sabah kita khasnya dan Negara Malaysia kita amnya.

“Penentangan Islam terhadap sikap ini bukan sahaja tertakluk kepada satu bangsa ataupun agama, bahkan juga kepada semua bangsa dan agama yang ada di Negara kita,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Nashraff, Nadirah dinobatkan johan qari dan qariah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya