HomeEkonomiBekalan Elektrik Di Sabah & Perkembangan Industri

Bekalan Elektrik Di Sabah & Perkembangan Industri

Read Time:3 Minute, 51 Second

Oleh Muda Mohamad

Malaysia pernah bergelap tanpa elektrik selama lebih 15 jam pada 5.17 petang, 3 Ogos 1996 sehinggalah 8.30 pagi, 4 Ogos 1996. Gangguan elektrik paling lama pernah terjadi di Malaysia berpunca daripada kerosakan pusat jana kuasa di Paka, Terengganu.

Kerugian yang ditanggung oleh pengilang pada hari tersebut sahaja dianggarkan RM123 Juta mengikut pengiraaan yang dilakukan Persatuan Pekilang –Pekilang Malaysia (FMM). Pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) pula terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM13.6 juta dan RM10 juta tambahan bagi menampung kerosakan peralatan.

Susulan daripada “Black Friday” ini,, Kerajaan Malaysia telah mengambil beberapa langkah penambaikan untuk memastikan kejadian seperti itu tidak berulang lagi. TNB telah melaksanakan kerjasama dengan Tokyo Electric Power Company (TEPCO) untuk membangunkan skim pulau terkawal untuk mengelakkan berlakunya keruntuhan sistem yang lengkap seperti itu lagi. Di Sabah, pada 17 Mei lepas beberapa daerah seperti Kota Kinabalu, Putatan dan Penampang mengalami gangguan antara satu hingga tiga jam. Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) memaklumkan terhadap gangguan pada bekalan pada talian voltan tinggi

Selain itu gangguan elektrik juga berlaku kerana  SESB melaksanakan catuan bekalan bagi menangani peningkatan penggunaan elektrik berikutan cuaca panas ketika ini.Secara purata pula, permintaan tenaga elektrik pada waktu puncak di Sabah adalah 970 MW, namun boleh meningkat sehingga lebih 1,000 MW seperti dilaporkan pada 26 April lalu yang mencatat kadar permintaan tenaga mencecah 1,029 MW.

Ketua Pegawai Eksekutif SESB Ir Mohd Yaakob Jaafar berkata, tindakan itu terpaksa dilakukan bagi menangani kemungkinan ketidakcukupan tenaga disebabkan rizab tenaga yang rendah. Difahamkan, ketika ini bekalan tenaga di Sabah mencapai 1,200 MW jika semua loji jana kuasa termasuk yang dikendalikan penyedia tenaga bebas (IPP) beroperasi sepenuhnya.

Bagaimanapun baru-baru ini terdapat beberapa loji penjanaan telah mengalami masalah di luar jangka menyebabkan loji-loji tersebut tidak dapat menjana tenaga elektrik untuk memenuhi permintaan grid (elektrik) Sabah.

Oleh itu, sudah sampai masanya Sabah memiliki sumber tenaga tambahan menerusi empangan hidro atau loji janakuasa baharu bagi menanggani kekurangan tenaga yang sedia ada. Tenaga yang sedia ada bukan sahaja tidak cukup untuk kegunaan harian rakyat apatah lagi untuk pemain-pemain di sektor industri.

Sepanjang tahun 2022, Sabah mencatat pelaburan RM11.5 bilion dalam pelbagai sektor ekonomi membabitkan 89 projek dan bakal menjana 4,566 jumlah peluang pekerjaan. Sektor perkilangan menjadi penyumbang terbesar sebanyak RM8.4 bilion atau 72.9 peratus. Sektor perkilangan amat memerlukan tenaga yang mencukupi untuk mengoperasikan sesebuah kilang.

Ada tiga kilang bagi ‘flagship projects’ di bawah Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) akan mula beroperasi pada suku keempat tahun 2023 ini iaitu SK Nexilis Malaysia Sdn Bhd di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), kilang pembuatan kaca solar juga KKIP dan kilang pemprosesan pasir silika di Sikuati, Kudat oleh Syarikat SBH Kibing Solar New Materials (M) Sdn Bhd.

Di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) terdapat 54 kilang pelbagai jenis industri.

Tenaga yang digunakan oleh sesebuh kilang dikira berdasarkan kilowatt-hours (kWh) or megawatt-hours (MWh). Terdapat empat jenis pengiraan secara anggaran untuk mengetahui berapa jumlah tenaga yang perlu dijana untuk membolehkan sesebuah kilang beroperasi.

  1. Kilang perindustrian bersaiz kecil dan sederhana akan melibatkan penggunaan sejumlah 500,000 kWh ke 2,000,000 kWh pada setiap bulan, bergantung kepada operasi kilang dan produk yang dihasilkan.
  • Kilang perindustrian yang berat dan besar yang berasaskan intensiti tenaga yang tinggi seperti besi, aluminium, simen akan menggunakan antara 10 hingga beratus juta kWh secara tahunan.
  • Kilang tekstil yang banyak menggunakan mesin untuk pembuatannya akan menggunakan tenaga antara 800,000 kWh to 3,000,000 kWh sebulan.
  • Kilang memproses makanan akan mengunakan sejumlah 100,000 kWh sebulan,bergantung kepada jenis mesin yang digunakan dan produk makanan yang dihasilkan.
  • Kilang elektronik dan teknologi tinggi akan mengunakan tenaga dalam anggaran 1,000,000 kWh to 4,000,000 kWh sebulan bergantung kepada proses pembuatan yang terlibat dalam kilang terbabit.

Infrastuktur yang baik untuk pemain-pemain industri mestilah mengambil kira faktor yang paling utama iaitu jalan perhubungan, telekomunikasi dan juga sumber tenaga. Dengan itu, Sabah akan menjadi destinasi yang terbaik untuk pelabur serta merealiasikan terus pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya, yang juga mencakupi tiga bidang iaitu perindustrian, pelancongan dan pertanian.

Bekalan tenaga yang mencukupi untuk industri perkara yang amat-amat mustahak sekali. China pernah alami gangguan bekalan tenaga pada September 2021 hingga menyebabkan banyak kilang terpaksa ditutup di sana. Bukan sahaja di China, peningkatan kos tenaga di Eropah juga menjejaskan industri kilang yang berasaskan pembuatan di sana.

Sabah ada kelebihan kerana ada tenaga kerja, lokasi dan kadar kos kilang yang bersesuaian dan strategik. Dengan tambahan janakuasa yang baharu, Sabah boleh menjadi destinasi pelaburan yang baharu di negara ini. Pelaburan untuk tenaga ini adalah amat perlu bagi mengubah landskap ekonomi dan seterusnya memakmurkan rakyat negeri Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

UMS utamakan kebajikan pelajar, sedia bantu Crisnanalina daftar pengajian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular