HomeUtamaJKNS pandang serius dakwaan pesakit tidak dilayani secara profesional

JKNS pandang serius dakwaan pesakit tidak dilayani secara profesional

Read Time:1 Minute, 1 Second

Kota Kinabalu : Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) memandang serius berkenaan dakwaan seorang Pegawai Perubatan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) yang gagal melayani pesakit secara professional.

Pengarah JKNS Dr Asits Sanna berkata, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan secara terperinci dan telus.

“JKNS ingin merujuk kepada petikan artikel bertajuk ‘Pengurusan Hospital Likas, Perlu Ambil Tindakan Kepada Pegawai Perubatan Dikenali ‘Azlinah’ yang diterbitkan di dalam sebuah portal tempatan 18 Julai lalu.

“Adalah dimaklumkan bahawa jabatan ini memandang serius berkenaan perkara ini dan siasatan terperinci serta telus sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Jabatan Kecemasan & Trauma HWKKS

Dr Asits berkata, satu pertemuan bersama pihak pengadu juga akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan dengan lebih lanjut berhubung perkara itu.

Katanya, pihaknya juga sentiasa mengambil perhatian terhadap maklumbalas yang diterima dan melakukan langkah penambahbaikan bagi tujuan meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelanggan.

“Jabatan ini ingin juga menyeru kepada semua warga kerja JKNS agar sentiasa bersikap professional dan mengamalkan komunikasi berkesan serta berhemah kepada semua pelanggan di setiap masa,” katanya.

Selasa lalu, sebuah portal tempatan di negeri ini menyiarkan laporan berhubung aduan seorang pesakit mengenai tingkah laku seorang pegawai perubatan di hospital berkenaan yang bertindak bercakap kasar sehingga mengeluarkan kata-kata kesat kepada pesakit berkenaan. – SABAH MEDIA  

RELATED ARTICLES
Utama

Jemaah haji diharap jadi duta promosi TH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular