HomeIsu tempatanLebih 600 mahasiswa jayakan SDAC 2023

Lebih 600 mahasiswa jayakan SDAC 2023

Read Time:1 Minute, 19 Second

Kota Kinabalu : Lebih 600 penyertaan terdiri dari mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) berjaya melaksanakan program ‘Speed Drugs Awareness Carnival’ (SDAC) 2023.

Program bertemakan ‘Generasi Penamat: STOP DARVIH’ itu adalah anjuran Kelab Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) UMS.

Penganjuran program itu juga merupakan langkah proaktif bagi memantapkan kesedaran warga kampus mengenai ‘Generational End-Game’ sekali gus menyahut seruan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)  dalam menamatkan generasi perokok dan mencapai sasaran Dadah Terkawal 2025.

Majlis perasmian penutupannya disempurnakan Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS, Mohd. Raffie Janau.

Dalam ucapannya, Raffie berkata, karnival itu dapat memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada mahasiswa agar menjauhi penyalahgunaan dadah yang merupakan musuh nombor satu negara.

“Ia juga bagi menggalakkan nilai dan perpaduan sosial serta memperkasakan belia melalui penglibatan dalam program pembangunan sukan negara.

“Semoga SDAC 2023 dapat memberi impak positif kepada mahasiswa dan semua yang hadir menjayakan program ini,” katanya.

Pelbagai pengisian  menarik turut diadakan sepanjang karnival tersebut, antaranya seminar, pertandingan fotografi, poster, penulisan, pertandingan video ringkas, explorace, pertandingan larian berwarna, dan forum.

Ia juga dimeriahkan dengan penglibatan lebih 35 gerai jualan serta pameran dan saringan kesihatan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sabah.

Dalam pada itu, Pengarah Program, Nur Fatimah Al-Haura Rohaizad merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan karnival tersebut

“Besar harapan saya agar objektif program yang dianjurkan ini dapat dicapai, kemudian mewujudkan generasi bebas DARVIH (Dadah,Alkohol,Rokok,Vape,Inhalan dan HIV/AIDS) pada masa hadapan.

“Semoga bentuk kerjasama dan komitmen yang terjalin ini diteruskan bagi memberi pendidikan kepada semua dalam mencapai tujuan bersama,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Program Rakan BORNEENSIS 2024 pupuk kelestarian alam semula jadi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular