HomeUtamaTahap kesedaran terhadap SLE masih rendah di Sabah

Tahap kesedaran terhadap SLE masih rendah di Sabah

Read Time:1 Minute, 14 Second

Kota Kinabalu : Tahap kesedaran mengenai penyakit ‘Systemic Lupus Erythematosus’ (SLE) dalam kalangan masyarakat khususnya di negeri ini dilihat masih di tahap yang rendah.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib berkata, perkara itu perlu terus ditingkatkan.

Ini kerana katanya, perkara itu penting bagi membolehkan pengesanan awal dilakukan, seterusnya mengelak penyakit ini merebak ke tahap kritikal.

“Saya difahamkan bahawa SLE merupakan penyakit kronik yang amat kompleks. Namun demikian, penyakit ini sering disalahtafsir sehinggakan ia tidak dikesan pada waktu yang tepat. 

Saya juga difahamkan penyakit SLE atau Lupus adalah penyakit kronik auto-imun yang tidak berjangkit tetapi berpotensi mengancam nyawa penghidapnya. 

“Dari sumber kesihatan yang saya perolehi, bagi setiap 100,000 rakyat Malaysia, dianggarkan terdapat 43 kes SLE namun masih ramai yang tidak menyedari tentang penyakit ini, sekali-gus menjadikannya sebagai salah satu penyakit yang kurang di-diagnosis dan pesakit serta penjaga mereka selalunya terpaksa berdepan dengan penyakit ini secara bersendirian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan dan melancarkan SLE ‘Walk A Payung’ 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Jenddy Sanggau.

James berkata, penganjuran program itu dilihat tepat pada masanya ke arah memperkasakan masyarakat, dalam meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mengenai penyakit, khususnya penyakit SLE.

“Selain dari acara Walk A Payung, saya juga dimaklumkan bahawa penganjur telah menyediakan pelbagai aktiviti pada hari ini termasuklah pemeriksaan kesihatan dan pameran, serta pelbagai aktiviti bagi kanak-kanak,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

2 Anggota Polis Ulu Tiram Terbunuh, Penyerang Ditembak Mati

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular