HomeUtamaAgenda Sekuriti Makanan Negara: Masih Gagal

Agenda Sekuriti Makanan Negara: Masih Gagal

Read Time:5 Minute, 43 Second

Wan Azrain Adnan

1.        Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia melaporkan bahawa Malaysia telah mencatatkan import makanan sejumlah RM 75.54 billion pada tahun 2022. Ini merupakan peningkatan sebanyak RM 11.95 billion (18.7%) dari jumlah import pada tahun 2021 (RM 63.59 billion).

2.        Dari tahun ke tahun, nilai import makanan negara telah merekodkan trend peningkatan yang ketara: RM 38.8 billion (2013), RM 42.6 billion (2014), RM 45.13 billion (2015), RM 51.3 billion (2017), RM 52 billion (2018), RM 55.4 billion (2020), RM 63.59 billion (2021), RM 75.54 billion (2022).

Ini merupakan peningkatan 95% (RM 36.74 billion) dalam tempoh 10 tahun!

3.        Trend peningkatan ini di jangka berterusan, dengan import makanan sudah mencatatkan jumlah RM 25.4 billion untuk empat bulan pertama tahun 2023 (Januari – April 2023). Maka tidak mustahil jumlah import makanan negara akan mencecah RM 100 billion dalam beberapa tahun terdekat, sekiranya tiada tindakan intervensi yang efektif dari Kerajaan Malaysia.

4.        Trend peningkatan import makanan ini amatlah membimbangkan dan tidak mampan/ not sustainable untuk jangka masa panjang. Ianya membuktikan bahawa agenda keselamatan makanan negara masih gagal untuk mencapai matlamat yang di kehendaki.

5.        Selama bertahun-tahun, Kerajaan Malaysia telah melaksanakan pelbagai pelan perancangan yang meliputi pelbagai inisiatif, bantuan serta insentif, dengan membelanjakan jumlah dana yang besar, untuk meningkatkan pengeluaran makanan dalam negara. Namun begitu, kadar tahap sara diri/ Self Sufficiency Ratio (SSR) negara untuk banyak item makanan masih rendah.

6.        Menurut data Jabatan Perangkaaan Malaysia (DOSM) untuk tahun 2021, daripada 50 item makanan yang di rekod, 24 item telah mencatatkan kadar SSR di bawah 100%. Ini termasuklah – daging lembu/ beef (18.9%), daging kambing/ mutton (10.7%), cili (29.3%), kobis bulat (40.3%), susu segar/ fresh milk (56.7%) dan kelapa (69.6%).

Malah kadar SSR beras, yang merupakan makanan utama rakyat Malaysia, hanyalah 65%.

7.        Ini amatlah mendukacitakan kerana setiap tahun Kerajaan Malaysia menyediakan jumlah peruntukkan yang besar untuk subsidi dan insentif padi. Sebagai contoh, sebanyak RM 1.5 billion di peruntukkan di bawah Belanjawan 2022, dan RM 1.6 billion di bawah Belanjawan 2023.

8.        Namun begitu, purata hasil tanaman/ yield padi kekal rendah, tanpa peningkatan yang ketara, dan akhirnya menyebabkan petani padi kekal miskin. Maka tidak memeranjatkan apabila laporan Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) pada tahun 2021, ‘Paddy and Rice Sector Policy Roadmap: Towards Equity and Sustainability’, menyatakan bahawa 90% petani padi berada di dalam kumpulan pendapatan B40.

9.        Justeru itu, peruntukkan sebanyak RM 3 billion untuk meningkatkan prestasi industri padi di kawasan MADA, yang di umumkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada pertengahan bulan Julai 2023, telah di sambut baik oleh para petani. Ini di jangka dapat meningkatkan pendapatan petani dari RM 1,200 kepada RM 1,800 sebulan.

Walaupun masih rendah, anggaran lonjakan 50% tersebut sekurang-kurangnya bakal meletakkan pendapatan para petani terlibat melebihi kadar Gaji Minima negara RM 1,500 sebulan.

10.      Apa jua usaha Kerajaan Malaysia untuk menangani isu import makanan sudah pasti akan mengambil masa yang lama untuk membuahkan hasil yang di kehendaki. Pelbagai faktor dalaman dan luaran perlu di ambil-kira, di mana ada yang berada di luar kawalan Kerajaan Malaysia. Usaha ini bertambah rumit memandangkan generasi muda kurang berminat untuk menceburi sektor pertanian. Ini menyebabkan sektor pertanian negara terus bergantung tinggi kepada tenaga kerja asing.

11.      Ketika ini nilai mata wang ringgit menghadapi penyusutan, dan telah memberi kesan kepada nilai import makanan negara. Apabila nilai ringgit menyusut, harga makanan import akan menjadi lebih mahal. Pada enam bulan pertama tahun 2023, nilai ringgit telah susut hampir 6% berbanding mata wang US dollar. Malah ramai pakar ekonomi menjangkakan nilai mata wang ringgit akan terus menyusut di suku ke-3 2023. Faktor luaran adalah antara sebab utama penyusutan tersebut, termasuklah – kadar faedah/ interest rate global yang tinggi, dan kelembapan ekonomi negara China, yang merupakan negara rakan dagang serta pelabur utama Malaysia.

12.      Isu perubahan iklim/ climate change yang di alami di seluruh dunia dan Malaysia juga di jangka akan memberi kesan negatif kepada hasil pertanian serta bekalan makanan dunia dan tempatan. Ini sudah pasti akan menyebabkan isu import makanan negara terus meruncing. Apabila bekalan makanan tidak dapat memenuhi permintaan (demand versus supply), harga item makanan akan naik, dan seterusnya kadar inflasi akan meningkat. Tambahan lagi, apabila hasil pertanian menurun, pendapatan para petani juga menurun.

13.      Pada Mei 2023, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di laporkan berkata bahawa sebanyak 7,800 hektar, iaitu 29% dari keseluruhan tanaman padi kawasan KADA, telah terjejas akibat cuaca panas dan kemarau yang melanda negeri Kelantan. Kemerosotan hasil sebanyak 30% telah menyebabkan kerugian sejumlah RM 2.7 juta, melibatkan 1,123 petani. Ini adalah kemerosotan hasil paling tinggi dalam tempoh 9 tahun yang di sebabkan oleh cuaca panas.

KEADAAN tahan sawah padi yang mula merekah akibat kemarau di Pasir Puteh, Kelantan. – UTUSAN/TOREK SULONG

14.      Pada tahun 2020, analisa yang di buat oleh Universiti Sains Malaysia (USM) telah menunjukkan bahawa suhu di kawasan jelapang padi di Semenanjung Malaysia telah meningkat setiap 10 tahun: suhu maksima telah meningkat antara 0.3 hingga 0.5°C, dan suhu minima antara 0.2 hingga 0.3°C.

15.      Malah menurut laporan 2022 World Economic Forum Global Risks Perception Survey, lima risiko global teratas untuk sepuluh tahun akan datang adalah – perubahan iklim, cuaca melampau, kehilangan biodiversity/ biodiversity loss, penghakisan kesatuan sosial/ social cohesion erosion dan krisis punca pendapatan/ livelihood crises.

16.      Justeru itu, kelestarian alam sekitar merupakan antara aspek utama di bawah prinsip serta amalan ESG (Environmental, Social, Governance). Amalan ESG dapat mengharmonikan hubungan antara manusia – alam sekitar yang lebih mampan untuk kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan rakyat. 

17.      Isu import makanan ini membuktikan bahawa agenda sekuriti makanan negara telah mencapai tahap kritikal, tanpa kelihatan penyelesaian jangka pendek dan juga jangka panjang. Sikap ‘business as usual’ dan pemikiran ‘the cheapest option is the best solution’ mesti di hapuskan segara. Ianya memerlukan pemikiran serta gerak-kerja yang tansformatif dan menyeluruh, bukan lagi penyelesaian secara sedikit-sedikit/ piecemeal. Penyelesaian piecemeal selalunya merawat ‘simpton penyakit’ sahaja, tanpa merawat ‘punca penyakit’.

18.      Ini termasuklah menilai dan merombak peranan agensi kerajaan berkaitan agar dapat menjuarai agenda sekuriti makanan negara dengan jayanya. If you are part of the problem, certainly you cannot be part of the solution.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular