HomeUtamaMetMalaysia keluar nasihat Taufan Doksuri

MetMalaysia keluar nasihat Taufan Doksuri

Read Time:28 Second

BERNAMA

Kuala Lumpur : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat mengenai taufan Doksuri yang berada di kedudukan 1,424 kilometer (km) ke timur laut Sandakan, Sabah. 

Dalam kenyataan hari ini, MetMalaysia memaklumkan taufan itu kini berada di kedudukan kira-kira 430km ke timur laut Pulau Samar, Filipina.

Jabatan itu turut memaklumkan berdasarkan pencerapan pada 5 pagi, taufan tersebut bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan 15km/j dan kelajuan angin boleh mencapai maksimum 130km/j.

MetMalaysia bagaimanapun berkata taufan Doksuri tidak menimbulkan sebarang ancaman besar kepada Malaysia. – BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

130 calon STPM 2023 di Sabah dapat PNGK 4.00

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular