HomeIsu tempatanUMS teroka peluang, jalin kerjasama bersama industri dan universiti di Seoul, Korea...

UMS teroka peluang, jalin kerjasama bersama industri dan universiti di Seoul, Korea Selatan.

Read Time:2 Minute, 27 Second

Kota Kinabalu :  Lawatan kerja delegasi Universiti Malaysia Sabah (UMS) ke Seoul, Korea Selatan baru-baru ini membawa agenda serampang dua mata dalam mengukuhkan pengiktirafan universiti di peringkat antarabangsa.

Delegasi UMS diketuai Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor dan melibatkan kakitangan akademik dan pentadbiran dari Fakulti, Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP), dan Pusat Luar UMS (PLUMS).

Kasim memberitahu, lawatan kerja tersebut antara lain adalah meneroka peluang untuk mengadakan jalinan kerjasama bersama industri dan juga universiti di Seoul, Korea Selatan.

“Antara agenda utama lawatan ini adalah untuk membincangkan potensi UMS sebagai rakan industri dari aspek penyelidikan yang memenuhi kehendak pasaran, serta mengenal pasti modul yang bersesuaian untuk makmal hidup atau inkubator Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) di UMS.

“Selain itu juga,  antara fokus utama UMS melalui Fakulti, Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) adalah untuk melakukan penanda aras ke arah pengakreditasian global, iaitu pengiktirafan oleh Association to Advance Collegiate Schools of Business (AACSB) menjelang tahun 2027,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan kunjungan hormat kepada Duta Besar Malaysia di Korea Selatan, Datuk Lim Juay Jin.

Menurut beliau, antara isu yang diketengahkan semasa perbincangan bersama Lim Juay Jin adalah bagaimana UMS memainkan peranan penting sebagai satu institusi atau hub pendidikan tinggi di rantau Borneo yang mampu melahirkan pelajar  yang berdaya saing, inovatif serta kreatif  selaras dengan perkembangan industi yang mampu memberikan impak kepada perkembangan ekonomi.

“Selain itu, UMS juga dilihat sebagai institusi pendidikan yang mempunyai diversiti serta kebolehupayaan dalam mempromosikan Edu-Tourism, mobiliti pelajar dan kakitangan UMS, Summer Course, dan juga potensi untuk penawaran program berkembar bersama universiti di Korea Selatan.

“Ini sekali gus dilihat mampu memberikan kesan positif kepada perkembangan ekonomi dari aspek pelancongan di Sabah,” katanya.

Kasim bersama delegasi UMS turut mengadakan kunjungan hormat ke Malaysian Investment Development Authority (MIDA), Seoul, Korea Selatan.

Rombongan UMS telah disambut baik oleh Pengarah MIDA Seoul, Ruhizam Idris dan Timbalan Pengarah MIDA Seoul, Derrick Tanggapan yang juga merupakan Alumni UMS.

Kasim memaklumkan dalam perbincangan selama sejam tersebut diselitkan pembentangan mengenai peranan MIDA Seoul dalam usaha menarik minat pihak pelabur Korea Selatan bagi membangunkan cawangan atau hab industri di Malaysia, dan negeri Sabah, khususnya.

“Antara isu utama yang diketengahkan sepanjang perbincangan tersebut adalah peranan UMS dalam menghasilkan graduan berbakat yang menjurus kepada Revolusi Industri 4.0, merangkumi aspek Environmental, Social, and Governance (ESG), teknologi tenaga baharu serta kenderaan elektronik (EV Car), selaras dengan kehendak dan perkembangan industi Korea Selatan masa kini.

“Menerusi intipati maklumat yang diberikan oleh pihak MIDA Seoul, UMS yakin mampu melahirkan graduan yang berkebolehan selaras dengan perkembangan teknologi dan industri.

“Ini dapat dilihat menerusi inisiatif FPEP dalam usaha mendapatkan akreditasi global oleh AACSB yang akan membantu bakal graduan UMS mendapat pengitirafan global dari aspek kualiti dan kebolehpasaran,” ujar beliau.

Turut serta dalam lawatan kerja tersebut Dekan FPEP, Profesor Madya Dr. Rahimie Abdul Karim; Pengarah PPP, Profesor Dr. Jumat Sulaiman; Pengarah PLUMS, Dr. Lim Thien Sang; dan Pengarah Unit Keusahawanan FPEP, Prof Madya Mat Salleh Ayub.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

48 murid SK Sembulan sertai Program Khatan beramai-ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular