HomeUtamaKerajaan peruntuk RM6.5 bilion projek bangun semula sekolah daif dari 2016-2023

Kerajaan peruntuk RM6.5 bilion projek bangun semula sekolah daif dari 2016-2023

Read Time:47 Second

BERNAMA

Kuala Lumpur: Kerajaan memperuntukkan RM6.5 bilion bagi pelaksanaan projek pembangunan semula bangunan daif di sekolah melibatkan 1,002 projek di seluruh negara sejak dari 2016 hingga 2023.

Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi hantaran di Facebook hari ini memaklumkan langkah itu adalah komitmen kerajaan untuk menoktahkan isu sekolah daif yang diteruskan dalam Rolling Plan 2023.

“(Menerusi Rolling Plan 2023) sejumlah RM923.97 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan 417 projek baharu dan sambungan di seluruh negara,” menurut KPM.

Selain itu, KPM turut memaklumkan akses dan fasiliti pendidikan di Sabah dan Sarawak turut ditambah baik menerusi pelaksanaan 327 projek pembangunan bangunan daif di sekolah atau 78 peratus daripada keseluruhan projek yang diluluskan di pelbagai peringkat pelaksanaan pada tahun ini.

“Seperti ditekankan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, usaha untuk menyelenggara dan menaik taraf bangunan daif di sekolah sentiasa menjadi keutamaan KPM demi mencapai hasrat akses pendidikan yang berkualiti untuk semua anak Malaysia, generasi yang mewarisi Malaysia MADANI,” menurut KPM. – BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines sambung semula beberapa penerbangan ke Sabah,...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya