HomeUtamaRM280,000 peruntukan Parlimen dan Pembangunan Koperasi untuk empat sekolah menengah di Penampang 

RM280,000 peruntukan Parlimen dan Pembangunan Koperasi untuk empat sekolah menengah di Penampang 

Read Time:1 Minute, 23 Second

Penampang : Empat buah sekolah menengah di kawasan Penampang akan menerima sumbangan peruntukan sejumlah RM280,000 bagi menjayakan program pembangunan koperasi dan kecemerlangan sekolah berkenaan.

Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick berkata, empat sekolah itu ialah SMK Datuk Peter Mojuntin, SMK St Micheal Penampang, SMK Limbanak dan SMK Bahang.

“Daripada jumlah itu, RM200,000 adalah peruntukan daripada pembangunan koperasi yang akan disampaikan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan RM80,000 lagi daripada peruntukan Ahli Parlimen Penampang.

“Setiap koperasi sekolah menengah di kawasan Penampang akan menerima peruntukan pembangunan koperasi sebanyak RM50,000 bagi menggerakkan aktiviti keusahawanan melalui koperasi masing-masing dan RM20,000 lagi untuk pelbagai program kecemerlangan sekolah masing-masing.

“Sumbangan ini merupakan komitmen saya untuk terus melaksanakan tanggungjawab saya kepada sekolah-sekolah di Penampang. Sebagai Wakil Rakyat, saya perlu menjadi sebahagian daripada ekosistem tanggungjawab sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Kecemerlangan Pelajar SMK Datuk Peter Mojuntin, di dewan sekolah itu, di sini, hari ini.

Turut hadiri Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pengurusan Sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah Penampang Ag Mohd. Kadir Ag Kanak dan Pengetua sekolah Md Rahim Md Lair.

Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, beliau akan terus berusaha mencari dana untuk membiayai keperluan-keperluan lain di semua sekolah kawasan Penampang.

“Sebelum ini, kita telah bekerjasama dengan Yayasan Bank Rakyat iaitu yayasan yang diletakkan di bawah kementerian saya untuk membantu sekolah-sekolah di kawasan Penampang dan Kadamaian.

“Saya berharap syarikat-syarikat korporat dan koperasi-koperasi premier juga dapat melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) masing-masing untuk membantu sekolah yang memerlukan, termasuklah keperluan van oleh sekolah-sekolah. Saya akan mengadakan perbincangan dengan mereka bagaimana keperluan ini dapat direalisasikan,” katanya. – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
Utama

CIS serah zakat perniagaan RM100,000

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya