HomeIsu tempatanLapan PATI ditahan Maritim Malaysia

Lapan PATI ditahan Maritim Malaysia

Read Time:1 Minute, 8 Second

Tawau : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan lapan orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di perairan Pulau Sebatik lewat petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Tawau Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, dalam operasi yang dilaksanakan pihaknya telah mengesan dua buah bot jenis jongkong yang dipercayai sedang menjalankan aktiviti memetik rumpai laut di kawasan perairan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot-bot berkenaan masing-masing dikendalikan oleh seorang juragan bersama tiga orang pekerja lelaki berusia antara 18 hingga 41 tahun dan dipercayai warga Indonesia.

“Kesemua mereka ditahan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau untuk pemeriksaan dan siasatan lanjut kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shahrizan berkata, kedua-dua bot jongkong, enjin bot, barangan peribadi disita dengan keseluruhan nilai rampasan dianggarkan bernilai lebih RM50,000.

Katanya, Maritim Malaysia akan terus memperkasakan tugas penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang di Zon Maritim Malaysia khususnya di Perairan Timur Sabah (ESSZONE) dengan mengadakan kerjasama dengan agensi-agensi lain agar undang-undang negara sentiasa dipatuhi,

“Maritim Malaysia turut menggesa kepada orang ramai khususnya komuniti maritim untuk turut sama membantu agensi ini dengan menyalurkan sebarang salah laku jenayah yang berlaku di sekitar perairan Tawau ke talian Pusat Operasi Zon Maritim Tawau 089-752116 atau talian kecemasan MERS 999,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Cubaan tangkap ikan guna bahan letupan berjaya digagalkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular