HomePendapatSektor padi negara memerlukan penyelesaian transformatif,menyeluruh

Sektor padi negara memerlukan penyelesaian transformatif,menyeluruh

Read Time:6 Minute, 47 Second

Oleh WAN AZRAIN ADNAN

1.         Menurut laporan media, bermula 20 Julai 2023, India telah melaksanakan polisi menghentikan eksport beras, iaitu – beras putih bukan basmati. Beras putih bukan basmati menyumbang kira-kira 25 peratus dari jumlah eksport beras India. Tindakan sekatan ini di ambil berikutan harga beras pasaran domestik India telah meningkat sebanyak 11 peratus dalam tempoh 12 bulan.

Hujan lebat yang melanda India telah menjejaskan hasil tanaman padi, dan akibatnya bekalan beras merosot. Adakah ini akibat dari perubahan iklim/ climate change?

2.         India adalah pengeksport beras terbesar dunia, menyumbang lebih 40 peratus bekalan beras global. Justeru itu, tindakan sekatan eksport tersebut di jangka akan memberi kesan negatif kepada bekalan serta harga beras dan makanan global. Malah harga beras global kini berada di paras tertinggi dalam tempoh 11 tahun.

3.         Menurut laporan Malaysia Trade Statistics Review I 2021 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), pada tahun 2020, Malaysia telah mengimport sejumlah RM 681 juta beras dari India, iaitu 27.5% dari keseluruhan import beras negara. Import beras dari India telah mencatatkan lonjakan hampir 200% dari tahun 2019. Ini meletakkan India sebagai negara import beras ke-2 terbesar Malaysia, selepas Vietnam (RM 1.04 billion, 42%).

Maka, sekatan eksport India tersebut boleh memberi kesan negatif kepada bekalan serta harga beras dan makanan negara, sekiranya tidak di tangani secara efektif oleh Kerajaan Malaysia.

4.         Pada tahun 2020, jumlah import beras Malaysia adalah RM 2.5 billion. Selain Vietnam dan India, Malaysia turut mengimport beras dari beberapa negara lain: Pakistan (RM 269 juta, 10.9%), Myanmar (RM 170 juta, 6.9%), Thailand (RM 163 juta, 6.6%) dan Cambodia (RM 137 juta, 5.5%).

Dalam tempoh 20 tahun (2000 – 2020), jumlah import beras negara telah meningkat dengan kadar purata 4.8% setahun.

5.         Menurut data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) untuk tahun 2021, kadar tahap sara diri/ Self Sufficiency Ratio (SSR) untuk beras hanyalah65%. Ini bermakna pengeluaran beras dalam negara hanya dapat memenuhi 65% permintaan domestik, dengan jumlah selebihnya (35%) di import.

6.          Beras adalah makanan utama rakyat Malaysia. Secara purata, rakyat Malaysia menggunakan sekitar 77 kg beras setahun atau 210 g sehari. Oleh yang demikian, bekalan beras yang mencukupi pada harga mampu-beli penting untuk agenda keselamatan makanan negara. Untuk meningkatkan kadar SSR beras negara dan mengurangkan kebergantungan tinggi kepada beras import, Kerajaan Malaysia telah merangka beberapa perancangan.

7.         Di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK 12: 2021 – 2025), Kerajaan Malaysia telah meletakkan sasaran SSR beras negara sebanyak 75%. Manakala, di bawah Dasar Agromakanan Negara 2021-2030, sasaran SSR beras adalah sebanyak 80%.

8.         Setiap tahun, Kerajaan Malaysia menyediakan jumlah yang besar untuk penanaman padi. Bantuan kepada petani padi terbahagi kepada dua kategori, iaitu – subsidi input dan subsidi output. Subsidi input adalah subsidi yang di berikan untuk menampung kos pengeluaran padi, seperti – bantuan baja, racun, pembajakan sawah, perataan tanah. Manakala subsidi output di berikan berdasarkan jumlah pengeluaran padi, iaitu – subsidi harga padi.

9.         Sebagai contoh. Berdasarkan Belanjawan 2019, jumlah peruntukkan subsidi dan insentif padi negara berjumlah RM 1.49 billion, merangkumi: Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) – RM 382.5 juta, Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP) – RM 413.8 juta, Insentif Benih Padi Sah (IBPS) – RM 75 juta, Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) – RM 626.5 juta. 

Jumlah tersebut kekal tinggi dan meningkat, di mana sebanyak RM 1.5 billion di peruntukkan di bawah Belanjawan 2022, dan RM 1.6 billion di bawah Belanjawan 2023.

10.       Namun begitu, purata hasil tanaman/ yield padi tetap rendah, tanpa peningkatan yang ketara. Menurut data Jabatan Pertanian Malaysia, purata hasil padi negara, dalam metrik tan per hektar, untuk tempoh 2017 – 2021 adalah: 3.750 (2017), 3.770 (2018), 3.501 (2019), 3.654 (2020), 3.749 (2021).

Oleh itu, berdasarkan trend hasil padi ini, adakah sasaran SSR beras oleh Kerajaan Malaysia itu tercapai dalam tempoh yang di tetapkan?

Jawapan mudah: boleh tetapi sukar.

11.       Ini kerana hasil padi di pengaruhi banyak faktor, ada boleh di kawal dan ada juga di luar kawalan Kerajaan Malaysia. Faktor-faktor seperti – kualiti benih padi, kesuburan tanah, kuantiti dan kualiti air, penggunaan baja dan racun, masih mampu di kawal oleh Kerajaan Malaysia, dengan melibatkan pelbagai organisasi, termasuklah – Jabatan Pertanian, Malaysian Agricultural Research and Development Institute (MARDI), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS).

12.       Tetapi faktor seperti cuaca adalah di luar kawalan Kerajaan Malaysia. Isu perubahan iklim/ climate change sudah menjadi isu global yang hanya dapat di tangani bersama dengan seluruh masyarakat dunia. Di Malaysia, kerajaan perlu mempercepatkan pelaksanaan prinsip dan amalan ESG (Environmental, Social, Governance) oleh organisasi serta rakyat Malaysia untuk menangani isu climate change. Amalan ESG yang efektif dan konsisten dapat mendokong kelestarian alam sekitar yang lebih mampan. Jika tidak, ianya akan memberi kesan negatif yang besar kepada negara dan rakyat.

13.       Malah sektor padi negara sudah pun terkesan akibat isu climate change. Sebagai contoh. Dua bulan lepas, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) menyatakan bahawa 29% (7,800 hektar) kawasan padi di KADA telah terjejas akibat cuaca panas dan kemarau. Ini telah menyebabkan hasil padi merosot sebanyak 30%, dengan kerugian sejumlah RM 2.7 juta, melibatkan 1,123 petani. Ini adalah kemerosotan hasil paling tinggi di sebabkan cuaca panas dalam tempoh 9 tahun.

Situasi sebegini di jangka bertambah teruk di masa akan datang. Analisa oleh Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 2020 telah menunjukkan bahawa suhu di kawasan jelapang padi di Semenanjung Malaysia telah meningkat setiap 10 tahun.

14.       Pada masa yang sama, faktor manusia juga mempengaruhi hasil padi negara. Kegagalan yang di alami selama ini banyak berpunca dari sikap dan pemikiran pelbagai pihak berkepentingan di dalam sektor padi negara, di semua peringkat, termasuklah – ahli politik, pegawai kerajaan dan petani sendiri. Ini telah menyebabkan ketidakcekapan, ketirisan serta penyelewengan berlaku yang merencatkan pembangunan sektor padi dan mensia-siakan dana berbillion-billion ringgit.

Money down the drain!

15.       Sebagai contoh. Pada tahun 2019, laporan eksklusif media telah mendedahkan kepincangan pelaksanaan skim subsidi baja negara, yang telah menyebabkan Kerajaan Malaysia menanggung kerugian jutaan ringgit setiap tahun. Ketirisan yang berlaku melibatkan – aktiviti menyorok baja, aktiviti penjualan baja, penyerahan tidak tepat kepada petani, campur tangan politik serta rasuah.

16.       NAFAS adalah organisasi yang di lantik oleh Kerajaan Malaysia untuk membekalkan baja subsidi di bawah Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP). Pada Jun 2023, media melaporkan bahawa NAFAS memohon agar kontrak bekalan baja subsidi tersebut di sambung oleh Kerajaan Malaysia. Pada masa yang sama, sejak tahun 2020, NAFAS telah di lantik oleh Kerajaan Malaysia sebagai pemborong tunggal untuk membekalkan benih padi kepada petani, di bawah program Insentif Benih Padi Sah (IBPS).

17.       Ini bermakna pembekalan dua faktor penting untuk penanaman padi iaitu – benih dan baja, di letakkan di bawah tanggungjawab satu organisasi: NAFAS. Maka wajar Kerajaan Malaysia untuk menilai kembali struktur pembekalan sebegini untuk menambah-baik pelaksanaan skim bantuan kepada para petani padi, dan seterusnya menangani isu ketidakcekapan, ketirisan dan penyelewengan dari berterusan. Kebergantungan tinggi kepada satu organisasi wajar di elakkan. It is not wise to put all eggs in one basket.

18.       Sudah pasti sektor padi negara memerlukan penyelesaian transformatif dan menyeluruh, dengan melibatkan seluruh pemegang-taruh/ stakeholders. Penyelesaian secara ad-hoc dan piecemeal tidak pernah dan tidak akan memberi pencapaian yang di kehendaki. Pendekatan sebegitu hanya dapat memberi peningkatan incremental yang minima kerana ianya merawat ‘simpton penyakit’ sahaja, tanpa merawat ‘punca penyakit’. Old issues need new solutions.

19.       Bak kata Albert Einstein: Insanity is doing the same thing over and over and expecting different results.

RELATED ARTICLES
Utama

Pindaan Ordinan Buruh Sabah diluluskan selepas 20 tahun

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular