HomeUtamaCubaan seludup dadah seberat 101kg bernilai RM3.3 juta, tumpas

Cubaan seludup dadah seberat 101kg bernilai RM3.3 juta, tumpas

Read Time:1 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU:Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya mematahkan sindiket cubaan seludup dadah seberat lebih 101 kilogram bernilai RM3.3 juta dalam satu serbuan pada jam 5 petang, 26 Julai lalu.

Dadah jenis methampetamine itu disembunyikan dalam bungkusan sabun pencuci pakaian sebelum diseludup masuk ke negeri ini.

Ketua Pengarah JKDM, Datuk Zazuli Johan berkata, pihaknya melakukan pemeriksaan terhadap sebuah kontena yang baru tiba dari Pelabuhan Klang, Selangor pada 26 Julai lalu.

“Hasil pemeriksaan lanjut, pihaknya menemui sembilan kotak mencurigakan yang disyaki mengandungi dadah dialamatkan ke sebuah kondominium mewah di ibu negeri ini.

“Semua dadah jenis methampetamine seberat lebih 101 kilogram itu disembunyikan di dalam bungkusan serbuk pencuci jenama ‘Anchor’ dianggarkan bernilai RM3.36 juta.

“Dadah yang mampu menampung keperluan sekurang-kurangnya 500,000 penagih,” katanya pada sidang media di Wisma Penguatkuasaan JKDM Sabah hari ini.

Menurut Zazuli, setakat ini, tiada sebarang tangkapan dibuat namun usaha mengesan pengirim dan penerima sedang giat dijalankan.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Zazuli turut memaklumkan sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini, JKDM Zon Sabah berjaya merampas keseluruhan lebih 224.861 dadah bernilai hampir RM10 juta termasuk rampasan kali ini.

“Rampasan membabitkan empat jenis dadah iaitu methamphetamine, ketamin, ganja, ekstasi dan daun ketum,” ujarnya.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membabitkan diri dengan aktiviti penyeludupan dan turut meminta masyarakat supaya membantu pihak JKDM dalam usaha memerangi jenayah penyeludupan khususnya membabitkan rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain-lain.

Justeru itu, katanya, pihak JKDM menyeru kepada orang awam untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau hadir ke mana-mana pejabat JKDM yang terdekat.

Tambahnya, pihak JKDM juga memberi jaminan, identiti pemberi maklumat adalah dirahsiakan.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular