HomePolitikIsu gantung Shahelmey selesai secara dalaman, kata Zahid

Isu gantung Shahelmey selesai secara dalaman, kata Zahid

Read Time:50 Second

BERNAMA

Kota Kinabalu : Segala isu yang timbul akibat penggantungan Timbalan Ketua Menteri III Sabah Shahelmey Yahya daripada Umno selama enam tahun, akan diselesaikan secara dalaman, kata presidennya, Zahid Hamidi.

Timbalan perdana menteri berkata, Umno pada masa ini berpendirian Shahelmey merupakan Ahli Parlimen Putatan dan Adun Tanjung Keramat yang mewakili kerajaan perpaduan.

“Kita mempunyai semangat dalam kerajaan perpaduan, maka tindakan itu kita lakukan secara dalaman,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Sidang Kemuncak Koperasi Belia Asia Pasifik 4.0.

Ditanya tentang kenyataan Shahelmey beliau masih belum menerima surat penggantungan itu, Zahid berkata “kita buat secara dalaman.”

Pada 18 Mac lalu, Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin, mengesahkan Shahelmey digantung keahlian parti selama enam tahun, namun pada 26 Julai lalu Shahelmey memberitahu beliau masih belum menerima surat penggantungan tersebut.

Pada 7 Jan lalu, Bung Moktar mengumumkan Umno dan Barisan Nasional Sabah menarik sokongan terhadap Hajiji Noor sebagai ketua menteri, namun Shahelmey bersama empat Adun parti itu, kekal menyokong Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkenaan. – BERNAMA

RELATED ARTICLES
Politik

GRS serasi dengan PH Sabah, tolak kerjasama parti luar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular