HomeUtamaBayar bil 'angin' selain kos beli air tinggi, penduduk mahu penyelesaian segera

Bayar bil ‘angin’ selain kos beli air tinggi, penduduk mahu penyelesaian segera

Read Time:2 Minute, 12 Second

Sepanggar : Membayar bil ‘angin’ selain berbelanja hampir lebih RM500 sebulan bagi membeli bekalan air termasuk air mineral yang digunakan untuk kegunaan harian menjadi antara cabaran yang dihadapi penduduk di Skim Penempatan Semula KKIP Bukit Payung di sini.

Difahamkan masalah air yang dihadapi penduduk yang melibatkan lebih 200 buah rumah di kawasan berkenaan telah berlanjutan sejak Mac lalu selain beberapa aduan turut dikemukakan kepada pihak berwajib.

Penduduk, Malai Yati Talip,54, berkata, ketiadaan bekalan air yang dihadapi itu memaksa keluarganya untuk membeli bekalan air melalui tangki bergerak bagi mengisi tangki yang berkapasiti lebih 1,000 liter dengan harga RM60 sehingga RM70 setiap kali isian.

Malai Yati menunjukkan tangki dan bekas air yang digunakan untuk menyimpan bekalan air

Bagaimanapun katanya, bekalan air yang diisi ditangki berkenaan hanya mampu bertahan beberapa hari sahaja.

“Sebelum ini, isu bekalan air ini hanya terputus secara berkala namun pada Mac tahun ini masalah ini paling teruk dan kami terpaksa berbelanja besar selain membayar bil ‘angin’ yang tiada bekalan air masuk ke rumah.

“Selain sumber dari Jabatan Air, kami terpaksa membeli air dari lori bergerak dan membeli air mineral untuk kegunaan harian seperti mandi, mencuci piring, masak dan kegunaan lain.  Di rumah saya ada empat keluarga dan sememangnya memerlukan air yang banyak.

“Kami juga telah puas berulang kali menghubungi ‘careline’ Jabatan Air, namun jawapan yang diterima sedang diusahakan, tekanan rendah, lori menghantar air tiada dan pelbagai alasan lain,” katanya ketika di temui Sabah Media di sini.

Sementara itu, bagi penduduk Laminah Lifat,32, beliau terpaksa meminta ehsan dari keluarga terdekat bagi mendapatkan bekalan air untuk kegunaan harian keluarganya.

“Banyak masalah kalau tiada air ini, sudahlah anak banyak lima orang, kecil-kecil lagi dan susah untuk kita membuat rutin harian.  Jadi saya dan suami terpaksa meminta ehsan dengan keluarga lain termasuk membeli bekalan air seperti mineral.

“Kadang-kala malu juga hari-hari meminta ehsan keluarga selain penat untuk mengangkat air.  Jadi kami mohon agar bekalan air ini dapat diambil perhatian,” katanya.

Dalam pada itu, bagi penduduk Malik Mohd Nasip berkata, pihaknya difahamkan bekalan air menerusi tangki bergerak Jabatan Air akan dihantar kepada penduduk tiga kali seminggu namun ianya tidak tepat dilaksanakan.

Malik

“Sebelum ini Jabatan Air memaklumkan akan menghantar bekalan air tiga kali seminggu iaitu Selasa, Khamis dan Sabtu bermula 9 malam ke 9 pagi tetapi jadual itu telah berubah dan tidak ditepati.

“Penduduk ada buat aduan, bukan sikit tetapi berkali-kali namun telefon tidak dilayan.  Kami telah ‘fed-up’ semua ini dan mahu satu keputusan yang benar-benar kita dapat kasih selesai dan mengembirakan penduduk,” katanya.

Sabah Media akan cuba mendapatkan respon Menteri bertanggungjawab Datuk Ir Shahelmey Yahya dalam masa terdekat. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

SPRM Sabah tahan pasangan suami isteri bekas CEO & pengarah syarikat...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular